Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCPF Pahang rampas produk kesihatan, kosmetik haram RM1 juta

    CPF Pahang rampas produk kesihatan, kosmetik haram RM1 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kegiatan sebuah syarikat di Kuantan, Pahang menjual pelbagai produk kesihatan yang dibawa masuk secara haram tumpas hasil operasi cawangan penguatkuasaan farmasi (CPF) semalam.

    Serbuan itu dilakukan selepas pasukan CPF dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang melakukan risikan selama enam bulan.

    Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan pihak CPF dalam serbuan itu.

    Pengarah JKN Pahang, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, hasil serbuan di tiga premis kediaman dan sebuah kenderaan membawa kepada penemuan dan rampasan produk tidak berdaftar dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.

    “Serbuan dilakukan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan; CPF Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dibantu pasukan polis.

    “Syarikat terbabit menjual produk itu melalui platform e-dagang dan bukan sahaja untuk pasaran tempatan, bahkan kita tidak menolak kemungkinan turut dipasarkan kepada pelanggan mereka di luar negara,” katanya dalam satu sidang media di pejabat JKN Pahang, dekat Kuantan, hari ini.

    Dia berkata, sebanyak 116 ubat tidak berdaftar dan 49 jenis produk kosmetik tidak bernotifikasi yang kebanyakannya mengandungi steroid dirampas dalam serbuan itu.

    Katanya, semua produk kesihatan dan produk kosmetik untuk tujuan pasaran di dalam negara, perlu berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

    Ketika diminta mengulas mengenai kesan sampingan jika menggunakan produk terbabit, Dr Rusdi berkata kesan paling kritikal adalah boleh mengakibatkan pengguna mengalami masalah kerosakan sistem buah pinggang.

    “Produk yang ada steroid memang akan mengakibatkan kegagalan buah pinggang dan ada juga produk kosmetik dijual syarikat berkenaan mengandungi raksa atau merkuri – logam berat – yang akan meninggalkan kesan sampingan berpanjangan kepada pengguna,” katanya lagi.

    Dia memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 7(1)(a) dan Peraturan 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dam Kosmetik 1984.

    ALSO READ:  Saifuddin: ROS perlu tegas, pastikan NGO patuh undang-undang

    Sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

    “Memandangkan kesalahan dilakukan oleh syarikat, jadi kita akan bincang dengan Timbalan Pendakwa Raya sama ada untuk mendakwa mereka bagi setiap produk dirampas atau mendakwa atas satu kesalahan sahaja,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts