Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCuba Wan Fayhsal cadang penyelesaian meyakinkan - Sivarraajh 

    Cuba Wan Fayhsal cadang penyelesaian meyakinkan – Sivarraajh 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Senator Sivarraajh Chandran menuntut Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan penyelesaian yang praktikal dan meyakinkan dalam menyelesaikan masalah ekonomi.

    Cabaran itu dibuat selepas Wan Ahmad Fayhsal mendakwa penyokong bukan Melayu akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan masalah ekonomi.

    Menurut Sivarraajh, dia tidak melihat sebarang cadangan, peranancangan atau penyelesaian alternatif daripada pembangkang.

    “Setakat ini tidak ada belanjawan alternatif atau komitmen daripada pembangkang untuk menyelesaikan masalah-masalah asas rakyat Malaysia.

    “Maka saya cabar beliau untuk mencadangkan penyelesaian alternatif yang praktikal bagi meyakinkan rakyat dan masyarakat bukan Melayu bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai penyelesaian yang konkrit.

    “(Bukan) sekadar menunggang populariti dengan mendendangkan isu agama dan kaum semata-mata, yang memecahbelahkan perpaduan negara hanya untuk laba politik,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

    Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

    Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal dilapor berkata, kegagalan kerajaan menangani isu rakyat akan menyebabkan pengundi bukan Melayu beralih kepada PN.

    Menjawab perkara itu, Sivarraajh yang juga bekas anggota parlimen Cameron Highlands berkata dia ‘terpegun’ dengan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal.

    Bagaimanapun, dia tidak menolak bahawa kebanyakan masyarakat Malaysia, bimbang dengan keadaan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan serta keadaan mata wang asing.

    “Saya yakin kerajaan sedang mengusahakan strategi-strategi untuk menstabilkan keadaan dengan sebaik mungkin.

    “Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Wan Ahmad Fayhsal, jika beliau merasakan PMX (Anwar) dan Kerajaan Madani tak menyelesaikan masalah atas ketidakcekapan mentadbir, apakah peranancangan PN untuk masyarakat bukan Melayu di negara ini?” soalnya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts