Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCubaan hidupkan ajaran Ayah Pin dalam perhatian k'jaan

    Cubaan hidupkan ajaran Ayah Pin dalam perhatian k’jaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cubaan untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menjadi tajuk utama di negara dengan konsep ‘Kerajaan Langit’ telah menarik perhatian pihak berkuasa, mengikut kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

    “Maklumat tersebut sedang dalam perhatian dan tindakan pihak berwajib,” kata beliau ringkas ketika dihubungi oleh Bernama berhubung dakwaan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat itu di kawasan Besut.

    Sebelum ini, sebuah hantaran di laman Facebook “Imam Muda Kulan” mendedahkan usaha memulihkan ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad oleh kumpulan tertentu di kawasan Besut.

    Pada tahun 1997, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengeluarkan fatwa yang menyebut ajaran tersebut sebagai sesat berdasarkan Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.

    Pada bulan April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut telah mengeluarkan notis untuk merobohkan beberapa bangunan dan replika gergasi di kawasan markas Ayah Pin yang diikuti oleh lebih daripada 150 orang.

    Ariffin telah meninggal dunia pada 22 April 2016 ketika berusia 74 tahun di kediamannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut disebabkan penyakit tua.

    — Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts