Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan parti lawan kini berasa terancam dan cuba memikat ahli parti itu selepas melihat Perikatan Nasional (PN) semakin mendapat sokongan.
Dia memberi gambaran tersebut semasa ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Sayap Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu Bersatu ke-5 di IDCC, Shah Alam, hari ini, susulan empat ahli parlimen parti itu bertindak menyatakan sokongan kepada kerajaan.
“Ketika Bersatu semakin mendapat perhatian dan sokongan, musuh mula merasa resah.
“Dalam kalangan kita telah mula didekati, dipujuk rayu, cuba disunting agar Bersatu dilihat lemah dan longlai.
“Ada dari kalangan kita yang sentiasa lupa, musuh politik hanya mendekati apabila kita dilihat sebagai threat atau ancaman kepada kekuasaan mereka,” katanya.
[Berita penuh menyusul]