Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCuepacs: Jangan politikkan penjawat awam solidariti isu Palestin

    Cuepacs: Jangan politikkan penjawat awam solidariti isu Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar solidariti yang ditunjukkan oleh penjawat awam terhadap kesengsaraan rakyat Palestin tidak dikecam atau dipolitikkan.

    Presiden Cuepacs Datuk Dr Adnan Mat berkata ini kerana tiada sebarang sekatan ke atas penjawat awam termasuk institusi pendidikan dalam menunjukkan sokongan terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang menimpa rakyat Palestin.

    “Kita sedia maklum ada ahli politik yang tidak selesa atau mengeluarkan kenyataan agar tindakan diambil ke atas penjawat awam khususnya guru yang menjalankan minggu solidariti di sekolah. Justeru, ingin dinyatakan bahawa kami penjawat awam bersama-sama dengan dasar kerajaan (menyokong Palestin) dan tiada masalah apabila menjalankan minggu solidariti di sekolah.

    “Justeru jangan lihat laungan, pakaian atau persembahan itu sebagai ancaman kepada negara sebaliknya tanda bagaimana rakyat Malaysia bersolidariti dengan Palestin yang ketika ini diancam kepupusan etnik oleh rejim Israel,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jualan Agro MADANI @Cuepacs di Dataran MBMB Ayer Keroh di Melaka hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kanan Pemasaran Segar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Shahrizan Sudiman.

    Beliau mengulas tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) yang melaksanakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Okt hingga 3 Nov lepas bagi mendidik nilai-nilai manusiawi termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar yang turut melibatkan kolej vokasional, kolej matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

    Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat menyuarakan bantahan terhadap penganjuran minggu itu atas alasan antaranya sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran dan pemahaman selain menggesa KPM mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah serta institusi pendidikan awam.

    ALSO READ:  Amizar serah soal pelantikan exco pada MB

    Adnan berkata Cuepacs juga tidak mahu ahlinya menjadi mangsa yang diambil tindakan kerana garis panduan untuk menjalankan aktiviti itu sudah dimaklumkan kepada kementerian berkaitan lebih awal.

    “Jadi tiada isu pelanggaran (peraturan) atau buat tindakan perhimpunan luar kawalan sebaliknya ia adalah dalam bentuk perarakan yang dibenarkan,” katanya.

    Mengulas penggunaan media sosial sebagai medium menzahirkan solidariti kepada Palestin, beliau berkata platform itu juga tidak perlu dilihat sebagai ancaman atau kumpulan yang melakukan provokasi terhadap pihak lain.

    “Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan atau tindakan yang diambil namun kita lihat ada media sosial ahli politik yang membuat kecaman terhadap penjawat awam,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts