Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesCuepacs yakin kerajaan komited laksana kenaikan gaji

    Cuepacs yakin kerajaan komited laksana kenaikan gaji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam, tanpa mengambil kira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

    Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa perkara itu tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan kerana PRN berada di bawah ‘tajuk’ yang lain.

    “Ada pandangan netizen yang nakal, yang telah mempersoalkan sebarang bentuk (inisiatif) yang telah diumum kerajaan sebelum ini hendaklah tidak diberi kepada anggota khidmat awam disebabkan keputusan PRN. Ini pandangan yang serong dan tidak berpelembagaan.

    “Kerajaan adalah majikan kami, itulah tempat kami mengadu keluh kesah dan memohon. Jika majikan kami telah setuju tingkatkan gaji, maka kami yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan sama ada keputusan PRN dilihat positif atau negatif… itu tajuk lain,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Kuala Terengganu, hari ini.

    Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

    Beliau dilaporkan berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

    Dalam pada itu menurut Adnan, komitmen berterusan Perdana Menteri itu menunjukkan keprihatinan beliau dan memahami kesukaran pejawat awam khususnya yang berada dalam kumpulan gaji terendah.

    “Cuepacs berterima kasih kepada perdana Menteri yang konsisten untuk meningkatkan pendapatan penjawat awam,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts