Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDaim, keluarga gagal dapatkan kebenaran cabar siasatan SPRM

    Daim, keluarga gagal dapatkan kebenaran cabar siasatan SPRM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya gagal mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan semakan kehakiman mereka terhadap siasatan SPRM ke atas mereka.

    Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh petang tadi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon. Dengan keputusan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak lagi akan meneruskan perbicaraan mengenai merit tindakan undang-undang tersebut.

    Antara relif yang dimohon dalam tindakan undang-undang itu adalah untuk membatalkan pertuduhan jenayah tidak mengisytiharkan aset oleh Daim dan isterinya Na’imah Abdul Khalid.

    Farid memutuskan bahawa pemohon gagal menunjukkan bahawa terdapat mala fide (niat jahat) dalam siasatan SPRM terhadap mereka, dengan menyatakan bahawa hanya syak wasangka mala fide tidak memadai.

    Hakim berkata, Daim dan Na’imah hanya perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (jenayah) untuk mencabar pertuduhan berkenaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts