Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDaim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta

    Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin hari ini didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.

    Jutawan itu didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

    Daim yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Dis 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon ikat jami ditetapkan antara RM250,000 dan RM500,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia, serta meminta agar Daim menyerahkan pasportnya ke mahkamah, dan melaporkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya sebulan sekali.

    Pendakwa raya juga memohon mahkamah memerintahkan Daim agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes itu, sementara menunggu kes dibicarakan.

    Bagaimanapun, peguam bela M Puravalen merayu agar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM250,000.

    Peguam itu menegaskan Daim tidak berisiko melarikan diri memandangkan dia berkerusi roda dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

    Puravalen berkata Daim telah menjalani pembezahan di bahagian mata akibat jangkitan, mengalami masalah pendengaran berkaitan perubatan, dan strok ringan sejak beberapa tahun lalu.

    Azura kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM280,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia, namun tidak mengenakan syarat tambahan seperti menyerahkan pasport dan melaporkan diri ke ibu pejabat SPRM.

    Hakim kemudian menasihatkan pihak-pihak terlibat supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin menjadi subjudis kepada kes jenayah yang sedang berjalan, serta menetapkan 22 Mac untuk sebutan kes.

    ALSO READ:  Bantah jual saham MAHB: Wan Fayhsal salah pintu, kata Loke

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts