Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwa kerajaan tumbang jika PN menang PRK tak munasabah - Suhaizan

    Dakwa kerajaan tumbang jika PN menang PRK tak munasabah – Suhaizan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Propaganda yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya Kerajaan Persekutuan akan tumbang jika PN menang di Parlimen Pulai, sangat tidak munasabah.

    Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai Suhaizan Kaiat, menyelar dakwaan itu selain menyifatkan dakyah yang dibawa pihak lawan itu, hanya cuba untuk mengelirukan rakyat.

    Beliau berkata PH sebaliknya yakin akan mengekalkan kemenangan di Parlimen itu dengan majoriti yang meyakinkan, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

    “Kalau kiraan matematik, 148 tolak satu (jika PN rampas Pulai) tak menggugat Kerajaan Pusat. Mereka boleh guna apa saja untuk yakinkan pengundi, tapi secara matematiknya salah dan tak munasabah.

    “Di Johor ini unik, rakyatnya lebih bersederhana dalam banyak perkara dan fikir secara rasional, sama ada propaganda itu boleh terima atau tidak,” katanya kepada pemberita pada sesi tinjauan mesra kempen PRK di pasar malam dekat Taman Sentosa, Johor Bahru hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa jika PN menang pada PRK itu akan menjadi isyarat penting perubahan di peringkat Kerajaan Pusat.

    Ketika ini, komposisi kerusi di Dewan Rakyat oleh Kerajaan Perpaduan yang dianggotai PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah adalah sebanyak 148, manakala PN hanya 73 kerusi.

    Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

    PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

    ALSO READ:  Pekerja ladang maut digils traktor

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts