Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwa SD RM5 boleh jatuhkan k'jaan, Pesuma mahu lapor polis terhadap Youtuber

    Dakwa SD RM5 boleh jatuhkan k’jaan, Pesuma mahu lapor polis terhadap Youtuber

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (Pesuma) Yusrizal Zainol Abidin berkata pertubuhan itu berhasrat membuat laporan polis esok berhubung video Youtube bertajuk “MB Kedah Sasau Langkah Dubai Gagal”.

    Menurut Yusrizal, terdapat unsur dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘Kucing Tanah’ itu yang boleh menjejaskan kredibiliti Pesuruhjaya Sumpah Malaysia.

    “Kami amat bimbang dengan kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh pempengaruh YouTube yang menyentuh proses, pembayaran dan penyediaan Akuan Berkanun yang mempersoalkan kredibiliti, akauntabiliti dan integriti Pesuruhjaya Sumpah yang telah dilantik oleh Ketua Hakim Negara.

    “Saya ditemani ketua biro undang-undang kami dan ahli jawatankuasa lain akan membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi esok jam 3 petang untuk pihak berkuasa menyiasat kenyataan dan kesahihan dakwaan yang dibuat dalam video itu,” kata Yusrizal kepada Malaysiakini.

    Yusrizal berkata, dalam video itu, pempengaruh berkenaan membuat dakwaan bahawa dengan RM5 seseorang individu boleh mendapatkan cop pesuruhjaya sumpah dan SD bernilai RM5 boleh digunakan untuk menukar kerajaan.

    “Yuran itu bukan RM5 dan SD adalah dokumen sah tertakluk kepada Akta Akuan Berkanun dan dia memperlekehkan dan memburuk-burukkan sistem perundangan.

    “Sekiranya dakwaan itu benar, kami ingin polis menyiasat Pesuruhjaya Sumpah mana yang melakukan perkara sedemikian,” katanya.

    Tambahnya, Pesuma mempunyai kira-kira 500 ahli dan merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), dengan keahlian terdiri daripada Pesuruhjaya Sumpah yang telah dilantik oleh Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

    Semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, yang juga pengarah pilihan raya PAS, mendakwa PN mempunyai SD “mencukupi” untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    ALSO READ:  Sarawak Deputy Minister's FB account hacked

    Dakwaan yang sama dibuat oleh penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin yang mendakwa pembangkang telah memperoleh 120 akuan berkanun (SD) melalui ‘Langkah Dubai’ untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.

    Bagaimanapun, semakan terhadap dakwaan Raja Petra dan dokumen yang dipegangnya dalam video berkenaan mendapati beberapa dakwaan adalah tidak benar.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts