Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwaan api-apikan kebencian: Pemuda PN mahu lapor polis

    Dakwaan api-apikan kebencian: Pemuda PN mahu lapor polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham kerana mendakwa PAS dan Bersatu mengapi-apikan kenyataannya sehingga membawa kepada kejadian kebakaran di rumahnya awal pagi semalam.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bagi mengekang fitnah pemimpin DAP berkenaan berhubung kejadian itu.

    “Kami mengucapkan takziah kepada Ngeh atas insiden yang tidak diingini ini, namun ini bukan menjadi tiket bagi Ngeh untuk membuat satu tuduhan tidak berasas.

    “Ngeh tidak perlu mendahului pihak berkuasa dalam mengenalpasti punca kebakaran dan individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, jika benar insiden kali ini merupakan satu bentuk serangan,” kata Fadhli dalam satu kenyataan malam tadi.

    Fadhli mengulas kenyataan Ngeh bahawa PAS dan Bersatu bertanggungjawab mengapi-apikan kenyataannya sehingga orang membencinya.

    Ngeh mendakwa serangan yang bertujuan untuk membakar kediamannya itu dipercayai berpunca daripada kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan supaya bukan Islam menganggotai jawatankuasa mengkaji perundangan syariah.

    Susulan kritikan yang diterima, Ngeh sebelum ini telah memohon maaf dan menarik balik cadangannya untuk memasukkan pakar bukan Islam dalam jawatankuasa khas untuk mengkaji semula bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Mengulas lanjut, Fadhli berkata Ngeh harus membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka secara bebas.

    Fadhli berkata kenyataan Ngeh juga cuba menutup kesilapan lalu yang menyinggung sensitiviti umat Islam.

    “Ngeh juga tidak perlu berlagak suci kononnya telah memaafkan pembuat kesalahan walhal kamu baru sahaja melemparkan sebuah tuduhan dan fitnah yang jahat terhadap pembangkang dan orang yang mengkritik cadangan biadab kamu.

    “Ngeh sekali lagi cuba mewujudkan isu ketegangan agama dan kaum dengan cuba mengheret insiden yang berlaku di rumah beliau dengan cerita yang tidak berpandukan bukti kukuh.

    ALSO READ:  'Denda syarikat RM30k bagi setiap warga asing tanpa kerja'

    “Justeru, sebagai langkah untuk mengawal Ngeh daripada mengulangi tindakan jahat sebegini, Pemuda PN akan menggerakkan laporan polis bagi mengekang fitnah sangkaan jahat yang cuba diwujudkan oleh Ngeh terhadap PN khususnya dan umat Islam umumnya,” katanya.

    Polis Perak mengesahkan bahawa kebakaran itu disyaki sebagai perbuatan khianat dan menyatakan bahawa siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 2.50 pagi yang merosakkan tiga kenderaan dan anjung rumah Ngeh.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts