Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwaan barang kemas: Rosmah fail pembelaan 1MDB saman AS$346 juta

    Dakwaan barang kemas: Rosmah fail pembelaan 1MDB saman AS$346 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rosmah Mansor ditetapkan untuk memfailkan pernyataan pembelaannya pada 4 Julai terhadap saman sivil berjumlah AS$346 juta daripada 1MDB dan 10 pihak lagi.

    Tuntutan itu berhubung dakwaan menerima barang kemas dan barangan mewah lain yang dibeli dengan dana yang digelapkan daripada syarikat pelaburan negara itu.

    Peguamnya Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff berkata ini antara arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa pengurusan kes tindakan sivil itu pagi ini.

    Peguam itu berkata, isteri bekas perdana Menteri Najib Razak yang dipenjarakan sebelum ini telah hadir bagi melawan saman itu.

    “(Berikutan pengurusan kes hari ini), (mahkamah sivil menetapkan) pernyataan tuntutan (saman) yang akan difailkan (oleh 1MDB) pada 4 Jun, pembelaan (oleh Rosmah) difailkan pada 4 Julai, dan jawapan (oleh 1MDB) kepada pihak pembelaan pula akan difailkan pada 2 Ogos.

    1MDB dan 10 pihak tersebut memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu dengan menamakan Rosmah sebagai defendan pertama dan Shabnam Naraindas Daswani sebagai defendan kedua.

    Menurut Salinan writ saman itu, plaintif mendakwa Rosmah menerima ribuan barang kemas, jam dan beg tangan yang dibeli oleh Shabnam dengan menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan plaintif yang lain.

    Selain 1MDB, empat lagi plaintif adalah subsidiary syarikat itu, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited.

    Plaintif yang lain adalah bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan lima syarikat yang dalam proses pembubaran, iaitu Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

    Plaintif mendakwa premis tuntutan mereka adalah “tuntutan proprietari berekuiti dan/atau penerimaan harta amanah atau hasilnya yang dapat dikesan yang tidak berpatutan atau diketahui (“penerimaan yang diketahui”) dan/atau bantuan tidak jujur dalam pecah amanah atau pelanggaran kewajipan fidusiari (“bantuan tidak jujur”) dan/atau pengayaan tak patut”.

    ALSO READ:  PRK: Kemenangan PH indikator penting buat kerajaan Anwar

    Mereka mendakwa wang dipindahkan menggunakan pelbagai entiti luar pesisir, termasuk lima plaintif yang terlibat, sebelum diberikan kepada 48 vendor yang berpangkalan di tidak kurang daripada 14 bidang kuasa untuk pembelian barangan mewah.

    “Sebanyak 320 bayaran sedemikian berjumlah AS$346,010,489 telah dibuat,” dakwa mereka.

    Selain menuntut arahan agar Rosmah membayar lebih AS$346 juta kepada mereka, plaintif turut memohon mahkamah antaranya agar mengarahkan defendan untuk membayar ganti rugi atau pampasan berekuiti yang ditetapkan mahkamah, ganti rugi keterlaluan dan/atau ganti rugi teladan serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts