Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwaan fitnah: Zakir Naik saman balas Ramasamy

    Dakwaan fitnah: Zakir Naik saman balas Ramasamy

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pendakwah bebas Dr Zakir Naik telah memfailkan tuntutan balas terhadap bekas timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung tiga kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

    Tindakan tuntutan balas itu diambil susulan saman fitnah yang difailkan oleh Ramasamy terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember tahun lalu.

    Kedua-dua pihak sebelum ini telah berdepan di mahkamah, dengan Ramasamy diarah membayar ganti rugi dan kos berjumlah RM1.52 juta atas dakwaan memfitnah Zakir.

    Saman fitnah yang dikemukakan oleh Ramasamy ketika ini berikutan dakwaan bahawa beliau adalah ‘musuh terbesar Islam’.

    Menurut tuntutan balas yang dilihat oleh Malaysiakini, Zakir mendakwa Ramasamy telah memfitnahnya dengan tiga kenyataan yang didakwa dikeluarkan pada tahun 2019.

    Antaranya adalah berhubung artikel bertajuk ‘Naik should stop his diabolical game of hatred against non-Muslims in M’sia’ yang disiarkan pada 12 Ogos 2019.

    Dua lagi kenyataan didakwa dibuat di laman Facebook Ramasamy pada 20 dan 21 Ogos tahun yang sama.

    [Berita lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts