Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwaan liwat 3 remaja: Ustaz pusat tahfiz ditahan bantu siasatan

    Dakwaan liwat 3 remaja: Ustaz pusat tahfiz ditahan bantu siasatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga aduan – dan didakwa berlaku sejak dua tahun lalu – membawa kepada penangkapan seorang guru agama di sebuah pusat tahfiz di Machang, Kelantan.

    Menurut polis lelaki terbabit kini disiasat kerana disyaki meliwat pelajar di sekolah tahfiz berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Machang, Supt Ahmad Shafiki Hussin, berkata mangsa yang berusia 12 dan 13 tahun membuat aduan di Balai Polis Machang pada 15 April lalu.

    Katanya laporan tersebut dibuat pada jam 12.56 tengah malam.

    “Kejadian melibatkan tiga pelajar tahfiz dan polis Machang menerima tiga laporan berkaitan kes tersebut.

    “Kejadian didakwa berlaku sejak dua tahun yang lalu dan kesemua mangsa mendakwa diliwat oleh ustaz terbabit di pusat tahfiz berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Susulan aduan yang diterima itu, seorang ustaz berusia 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

    Menurut Ahmad Shafiki, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan meliwat.

    “Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April lalu.

    “Tempoh reman kemudian dilanjutkan tujuh hari lagi bermula 23 sehingga 29 April ini,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts