Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwaan MB lulus tanah pada syarikat sendiri taktik terdesak PRK - Setpol

    Dakwaan MB lulus tanah pada syarikat sendiri taktik terdesak PRK – Setpol

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan tuduhan yang diputar belit ketika Pilihan Raya Negeri sebelum ini.

    Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad berkata taktik itu adalah cubaan terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu yang amat mudah dibaca jalan cerita dan skripnya.

    “Saya telah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Badrulhisham Shahrin, atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, yang mendakwa Datuk Seri Amirudin Shari telah meluluskan tanah kepada syarikat beliau sendiri.

    “Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd,” menurutnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

    Beliau berkata Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membersihkan nama Amirudin berhubung dakwaan itu.

    “Dengan beberapa fakta salah dan tersasar yang dikenal pasti melalui hantaran beliau terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalu-alukan beliau untuk menyertai kelompok individu yang akan disaman sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di Negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancarkan serangan politik murahan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts