Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDakwaan tekanan dari Turki: IRF lancar buku pemikir AS lepas IAIS tarik...

    Dakwaan tekanan dari Turki: IRF lancar buku pemikir AS lepas IAIS tarik diri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Badan pemikir Islamic Renaissance Front (IRF) akan meneruskan rancangannya untuk menjadi tuan rumah bersama pelancaran buku tulisan Dr Ahmet T Kuru bertajuk ‘Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa’, Isnin ini selepas International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia menarik diri.

    Pengasas IRF, Dr Farouk Musa mengesahkan pelancaran buku terbabit akan diadakan di kampus Universiti Nottingham Malaysia di Kuala Lumpur.

    Kuru dari San Diego University, dalam akaun rasminya di X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) semalam mendakwa penarikan diri IAIS sebagai hos bersama dikaitkan dengan “tekanan oleh konservatif dan kedutaan Turki”.

    Kuru juga merujuk kepada serangan dalam talian yang dibuat terhadapnya berdasarkan hantaran Facebook IAIS yang mempromosikan pelancaran awal, menuduhnya sebagai seorang ā€˜Muslim liberalā€™ dan mempromosikan nilai-nilai yang bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah.

    Pelancaran di Universiti Nottingham Malaysia

    “Amat malang pelancaran buku (dengan IAIS) dibatalkan pada saat-saat akhir selepas persiapan berbulan-bulan,” kata Farouk kepada Malaysiakini.

    ā€œKami amat kesal kerana IAIS, cabang intelektual kerajaan Madani, telah menyerah kepada tekanan antiintelek dan autoritarian.

    “Sebelum kita menolak sebarang idea, kita harus memahaminya dengan baik terlebih dahulu dan cara yang lebih baik daripada memberi peluang kepada pengarang untuk menerangkannya di ruang awam supaya kita boleh menilai kebaikan dan keburukannya,” kata Farouk.

    “Jika kita mahu mengubah minda orang ke arah yang lebih baik, kita harus bermula dengan mempromosikan dan bukannya menghalang budaya intelektual,” tambahnya.

    Sementara itu, ahli akademik Universiti Nottingham Malaysia Zaharom Nain (gambar atas) berkata dia telah bertemu IRF pada Jumaat dan serta-merta bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi pelancaran buku itu atas alasan akademik.

    ā€œSaya dengar ada yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja Prof Ahmet Kuru.

    ALSO READ:  Mā€™sia boleh bertahan terhadap risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China

    ā€œJika ya, mungkin lebih baik untuk melibatkan diri dengannya dan kerjanya secara profesional, secara akademik daripada melemparkan fitnah terhadapnya dan pendirian ideologinya dan melontarkan tuduhan tidak berasas dan tiada bukti kepadanya,” kata Zaharom.

    Ia mengenai kematangan dan tidak bertindak seperti golongan yang tidak beradab dan tiada tamadun, katanya lagi.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia Dr Syed Azman Syed Nawawi ketika dihubungi mengesahkan penarikan diri itu tetapi menolak dakwaan terdapat tekanan dari pihak luar di sebalik keputusan berkenaan.

    Pelancaran buku tulisan Dr Ahmet T Kuru bertajuk ‘Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa’ dijadual berlangsung pada 8 Januari ini.

    Aturcara asal membariskan ucaptama oleh Pengerusi IAIS Malaysia Dr Maszlee Malik, pelancaran oleh Menteri Kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad, diikuti perbincangan panel bersama ahli akademik Sharifah Munirah Alatas dan Prof Khairudin Aljunied.

    Bagaimanapun, barisan baru kini akan menampilkan ucapan alu-aluan dan pelancaran oleh Zaharom, diikuti dengan pembentangan bukunya oleh Kuru dan perbincangan panel bersama Farouk, Penolong Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Fadzilah Din, serta Profesor Isham Pawan Ahmad dari Institut Pemikiran Islam dan Peradaban Antarabangsa.

    [Baca berita asal](https://www.malaysiakini.com/news/692340)

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts