Kerajaan akan menyediakan dana sebanyak RM1 bilion kepada usahawan Bumiputera yang akan dikelola oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa dana tersebut bertujuan untuk membantu melahirkan generasi baru usahawan Bumiputera dalam sektor berkembang pesat.
Beliau memberikan kenyataan ini semasa berucap di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
“Dana sebanyak RM1 bilion ini sejajar dengan cadangan dan hasrat yang dibincangkan semasa Kongres ini diadakan iaitu untuk menubuhkan Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.
“Kita berharap dapat mencipta lebih ramai syarikat usahawan Bumiputera berjaya seperti Aerodyne yang telah berjaya memasuki pasaran global dalam bidang perkhidmatan dron.
“Kita juga patut berbangga dengan kejayaan Les Copaque dan Animonsta dalam mengetengahkan industri karya kreatif kita,” ujarnya.
[Berita penuh akan menyusul]