Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP gesa tindakan tatatertib, nilai semula Minggu Solidariti Palestin

    DAP gesa tindakan tatatertib, nilai semula Minggu Solidariti Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DAP terkilan dengan penganjuran program di sebuah sekolah rendah yang mengandungi unsur-unsur keganasan dan ekstremisme dengan penggunaan replika senjata, seperti yang tersebar di media sosial semalam. Sehubungan itu, setiausaha agungnya Anthony Loke menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi mengelak ia berulang.

    “DAP menentang sebarang bentuk keganasan dan membantah semua bentuk program yang mempamerkan unsur-unsur kekerasan bersenjata di semua sekolah yang melibatkan murid-murid pada usia yang muda. Program seumpama itu hanya akan memberikan mesej dan pengajaran yang salah kepada generasi muda kita.
    “Justeru, DAP meggesa KPM untuk mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap pihak yang menganjurkan program tersebut dan menghalang sebarang program seumpama daripada berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semalam tersebar gambar murid memegang senjata mainan di sekolah, yang didakwa berkaitan dengan acara Minggu Solidariti Palestin. Gambar itu menunjukkan murid sekolah memegang senapang dan mesingan mainan, sambil mengenakan selendang kufia dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin.

    Susulan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pihak sekolah mengambil langkah-langkah lebih teratur bagi mengawal pelaksanaan program tersebut.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pula berkata program itu di luar pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan kegiatan berbentuk “ekstremisme, radikalisme dan keganasan”.

    Dia berkata KPM menggalakkan kegiatan seperti sayembara puisi, pertandingan melukis poster bertemakan kedamaian serta munajat dan sembahyang hajat bagi murid beragama Islam di sepanjang minggu tersebut.

    Mengulas lanjut, Loke berkata insiden tersebut dibimbangi menimbulkan kebimbangan masyarakat dan KPM seharusnya mempertimbangkan semula penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah, selain menggunakan pendekatan yang lebih sesuai untuk menyampaikan mesej kepada murid-murid.

    ALSO READ:  Olympics-Canoeing-Fox grabs gold for Australia in women's single canoe final

    “Program di sekolah sepatutnya memupuk semangat cintakan keamanan sejagat dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam membentuk sahsiah yang selari dengan prinsip-prinsip Madani.
    “Hubungan dan pemahaman silang budaya serta perasaan hormat-menghormati sesama rakan-rakan sebaya daripada latar belakang berlainan juga harus dipupuk.
    “DAP mengulangi pendirian kita untuk terus bersolidariti dengan rakyat Palestin di atas prinsip kemanusiaan dan sentiasa mendukung pendirian kerajaan Malaysia untuk bersuara lantang di pentas dunia untuk perjuangan membebaskan Palestin dan mengembalikan hak dan wilayah mereka yang sepatutnya,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts