Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP, Guan Eng gagal nilai keuntungan pembinaan TRX - Shahrir

    DAP, Guan Eng gagal nilai keuntungan pembinaan TRX – Shahrir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri kewangan Lim Guan Eng serta DAP gagal memahami serta dan menilai kesan dan sumbangan pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dalam ekosistem kewangan negara yang semakin ‘canggih’ dan matang kata, veteran Umno Shahrir Samad.

    Menurut Shahrir, suka ataupun tidak, pengerusi DAP itu perlu mengakui bahawa TRX yang dibina ketika pentadbiran perdana Menteri, Najib Razak adalah aset 1MDB yang menguntungkan negara.

    “Lim dan DAP sebenarnya tidak berkemampuan untuk memahami dan menilai kesan dan sumbangan TRX dalam ‘financial eco-system’ negara yang semakin ‘sophisticated’ dan matang.

    “Suka tak suka mereka terpaksa juga mengaku akan TRX sebagai aset 1MDB yang menguntungkan kerajaan.

    “Sumbangan dari satu aset ini sahaja melebihi berganda-ganda sumbangan Lim dan team DAP (termasuk Tony Pua) dalam MOF (Kementerian Kewangan) selama 22 bulan.

    “Sebaliknya, dalam tempoh 22 bulan itu, Lim menjarah kekayaan negara yang berada dalam pegangan Petronas, Khazanah Malaysia dan termasuk juga Tabung Haji,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Exchange 106 adalah salah satu daripada beberapa projek mega era Najib yang tidak terjejas meskipun selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

    Terletak berhampiran kawasan pembangunan 1MDB, TRX di Kuala Lumpur, bangunan pencakar langit itu turut terheret dalam skandal 1MDB.

    Kerja pembinaan bangunan itu sedang berjalan ketika PH mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2019.

    Tidak seperti beberapa projek lain zaman BN yang dibatalkan, kerajaan PH memutuskan untuk ‘bail out’ dan meneruskan projek itu dengan RM2.8 bilion.

    Lim ketika menjadi Menteri kewangan mengatakan bahawa PH telah bersetuju untuk meneruskan projek Exchange 106 dan keseluruhan TRX selepas mengkaji, “detoksifikasi” dan mengubahnya menjadi pembangunan yang berdaya maju.

    ALSO READ:  Mufti P Pinang: Selidik dulu dakwaan individu mengaku nasab nabi

    “Bayangkan Lim masih berada di MOF dengan kehadiran adiknya sebagai timbalan Menteri kewangan yang baru.

    “Layak atau tidak, berkebolehan atau tidak, bukan soal penting kerana DAP, melalui jawatan itu, juga ingin menikmati dari konsep Madani,” kata Shahrir lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts