Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'DAP jangka PRK KKB sengit, PH mampu menang tapi majoriti tipis'

    ‘DAP jangka PRK KKB sengit, PH mampu menang tapi majoriti tipis’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Meskipun parti-parti yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Kubu Baru pada 11 Mei ini belum menamakan calon masing-masing, namun DAP Selangor menjangkakan pertandingan merebut kerusi itu akan sengit.

    Bagi bendahari DAP Selangor, Ong Kian Ming, sekalipun jika partinya menang, majoriti Pakatan Harapan (PH) akan kurang daripada 1,000 undi. Ini, berbanding dengan majoriti 4,119 yang mereka menang pada pilihan raya Negeri 2023.

    Ong Kian Ming

    “Persekitaran politik tidak memihak kepada PH pada masa ini tetapi dengan strategi kempen dan mesej yang diselaraskan dengan baik, DAP mungkin hanya (akan) lulus ujian ini dengan margin yang kecil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Menurut Ong, terdapat beberapa sebab mengapa DAP berdepan dengan pelbagai cabaran pada pilihan raya kecil kali ini. 

    “Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa ramai penyokong DAP dan PH telah kecewa dengan prestasi kerajaan perpaduan yang begitu perlahan melaksanakan reformasi institusi, dalam naratif ekonomi yang lemah (walaupun angka FDI dan pertumbuhan ekonomi terus sihat) terutama berkaitan dengan kenaikan kos sara hidup dan kos menjalankan perniagaan.

    “(Ini termasuk) pergaduhan terbuka di antara beberapa pemimpin PH dan BN, terutamanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini berhubung isu stoking KK Mart yang tertera kalimah Allah.

    “Walaupun dalam podcast, saya telah mengatakan bahawa DAP tidak berada dalam bahaya untuk menjadi MCA 2.0 dalam masa terdekat, (namun) sentimen umum di kalangan pengundi bukan Melayu nampaknya bergerak ke arah ini,” katanya.

    Ong berkata, faktor-faktor itu bermakna peratusan keluar mengundi di kalangan pengundi bukan Melayu berkemungkinan berkurangan dengan ketara pada pilihan raya kecil ini terutamanya memandangkan keputusan PRK itu tidak akan menjejaskan kestabilan kerajaan Negeri Selangor.

    ALSO READ:  Polis: Seorang rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina

    DUN Kuala Kubu Baru, merangkumi 46 peratus pengundi Melayu, Cina (30 peratus), India (18 peratus) dan lima peratus pengundi lain, termasuk Orang Asli.

    Pada pilihan raya Negeri 2023, mendiang Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi itu dengan mengalahkan Teoh Kien Hong (Gerakan – Perikatan Nasional)), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi.

    Kerusi itu kosong selepas Lee meninggal dunia pada 21 Mac dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts