DAP menganggap kerjasama mereka dengan Dr Mahathir Mohamad sebelum ini sebagai ikhlas.
Malah, kata setiausaha agungnya Anthony Loke, mereka berharap Mahathir berubah dan membawa perubahan, bukan semata-mata untuk menumbangkan perdana Menteri ketika itu Najib Razak.
“Ketika itu kita mengharapkan bahawa Tun Mahathir selepas pun mencapai satu usia yang begitu lanjut, dia juga boleh berubah.
“Bukan sahaja nak bersama-sama menubangkan, menewaskan Najib, tetapi membawa satu pembaharuan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita dalam di Petaling Jaya hari ini, Loke berkata DAP ketika itu berharap Mahathir akan menggunakan “peluang kedua” untuk membawa pembaharuan dan kemajuan kepada negara.
Terdahulu Mahathir mendedahkan dia dan DAP saling mempergunakan satu sama lain pada 2018 untuk menjatuhkan pentadbiran Najib.