Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP lawan Najib sebab dia tak ikut telunjuk, dakwa Chegubard

    DAP lawan Najib sebab dia tak ikut telunjuk, dakwa Chegubard

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard mendakwa DAP menentang Najib Razak kerana bekas perdana Menteri itu tidak mengikut telunjuk parti berkenaan.

    Sebaliknya, Chegu Bard mendakwa DAP bersikap membisu dengan kes rasuah membabitkan timbalan perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kerana presiden Umno itu sanggup menjadi ‘keldai tunggangan DAP’.

    “DAP lawan Najib bukan hanya kerana 1MDB atau bukan kerana rasuah semata-mata. Tapi, dia lawan Najib kerana Melayu memimpin kerajaan pada ketika itu.

    “Mungkin kamu tanya bukankah Zahid itu Melayu? Zahid itu keldai tunggangan DAP. Melayu kalau jadi keldai, rasuah apa pun DAP akan payung,” katanya di program Malam Solidariti Rakyat, di Batang Kali, malam tadi.

    Lebih kurang 200 penduduk hadir ke program itu. Turut hadir Adun Gombak Setia Muhammad Hilman Idham, Blogger Muhammad Azri Wan Deris atau juga dikenali sebagai Papagomo, pempengaruh media sosial, YB Viral.

    Terdahulu, Chegubard berkata program itu bukan anjuran PN sebaliknya dianjurkan oleh NGO.

    Mengulas lanjut, Chegubard berkata dia terkejut apabila pucuk pimpinan DAP tidak membuat sebarang bantahan apabila Zahid dibebaskan tanpa dilepaskan pembebasan (DNAA) untuk 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

    “DAP lawan Umno dakwa rasuah. Tapi, akhirnya apabila DAP menjadi kerajaan mengesahkan pengguguran 47 kes rasuah Zahid. Kita kena faham 47 kes itu bukan sekadar laporan surat khabar, ia dibentangkan dalam mahkamah”

    “Akhirnya Zahid dilepaskan dan kita pun terkejut mana DAP yang lawan rasuah.

    “Yang kita lawan bukan Cina. Masalah orang Melayu bukan dengan orang India. Masalah Melayu adalah apabila parti DAP menyekat dan menghasut dan cuba menjarak hak Melayu Bumiputera Islam,” katanya.

    ALSO READ:  Pukul kepala wanita tak boleh dianggap gurauan - Wanita MCA

    Katanya, pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu perlu bangkit sokong calon PN Khairul Azhari Saut.

    “Kita kena bangkit. KKB ini bukan urusan semata-mata PRK. Ini ialah pertempuran nasional maruah bangsa Melayu,” katanya.

    Pada PRK ini, Khairul dicabar oleh Calon PH, Pang Sock Tao, Hanizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas) susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts