Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP pun sokong lupus hutang peneroka, marah pasal apa? - Anwar

    DAP pun sokong lupus hutang peneroka, marah pasal apa? – Anwar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PRK PELANGAI | Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu warga Felda bahawa mereka tidak sepatutnya melihat DAP sebagai musuh. Berucap pada ‘Karnival Segalanya Felda’ di Felda Chemomoi di Bentong, Anwar berkata DAP adalah salah sebuah parti kerajaan yang memberikan sokongan kepadanya untuk melupuskan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion.
    “Saya bentang di jemaah Menteri, kena bentang dalam jemaah Menteri nak sign RM83 bilion ini. Bila saya bawa (ken kabinet), Datuk Seri Zahid (Hamidi), dia senang, dia sokong. Timbalan Perdana Menteri 2 Fadillah (Yusof) dari Sarawak dia sokong. Anthony Loke (Setiausaha Agung) DAP, dia sokong. Dia kata ini untuk orang Felda yang susah, tak ada masalah.
    “Yang nak marah DAP ni apa pasal? Kerana dia Cina. Melayu (dalam DAP) pun ada Rara,” kata Anwar berseloroh, merujuk kepada Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
    Anwar juga membidas ahli politik tertentu yang menurutnya mengelirukan peneroka Felda untuk mempercayai Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada orang Cina.
    “Berapa ramai orang datang ke Felda fitnah kata Tabung Haji telah diambil kerajaan masa itu oleh Lim Guan Eng, dan dijual hak Melayu bagi kepada Cina.
    “Ramai yang percaya kerana yang cakap tu kadang-kadang ustaz, dia kadang-kadang pakai kopiah putih, jadi percaya,” katanya.

    Tambah Anwar, selepas mengambil alih jawatan perdana Menteri, dia telah menyemak fail Tabung Haji dan mendapati dakwaan itu tidak benar.
    “Yang diambil MOF (Kementeriaan Kewangan) syarikat Tabung Haji yang rugi teruk. Kalau tak ambil TH pun bankrap. Oleh itu semua yang rugi itu dipindah pada SPV (Syarikat Tujuan Khas) bawah MOF.
    “Kebetulan Menteri kewangan tu Lim Guan Eng. (Tapi tuduh) haa dah Cina ni ambil. Dia ambil tu sebagai Menteri kewangan, ada dia serah kepada Cina?
    “Saya nak bagitau. Kita cakap soal Islam, soal akhlak, soal nilai, boleh ke tipu orang, boleh ke fitnah orang?” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts