Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP senarai pendek 10 calon di KKB, ada Melayu, Cina, India

    DAP senarai pendek 10 calon di KKB, ada Melayu, Cina, India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sepuluh nama calon berpotensi disenarai pendek oleh DAP dan individu yang terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan diumumkan esok.

    Pengarah Pilihan Raya Kecil Pakatan Harapan (PH) Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.

    “DAP mempunyai senarai panjang mereka yang layak bertanding dan daripada 10 individu yang disenarai pendek, terdapat calon daripada kaum Melayu selain Cina dan India.

    “Malam ini, kepimpinan tertinggi akan memutuskan calon paling sesuai dan diyakini dapat menyambung legasi khidmat cemerlang Mendiang Lee Kee Hiong yang menjadi wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu selama tiga penggal,” katanya pada majlis Aidilfitri anjuran media Selangor di Shah Alam hari ini.

    Mengakui setiap pilihan raya mempunyai risiko dan cabaran tersendiri, Ng yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor berkata pengundian calon yang betul akan memudahkan gerak kerja kempen dalam usaha mengekalkan pencapaian cemerlang PH, khususnya DAP, di kerusi itu.

    “PRK ini bukan kempen DAP dan PH sahaja tetapi ia adalah pilihan raya yang menyaksikan kita berkempen atas nama Kerajaan Perpaduan yang turut didukung UMNO… dengan gabungan kekuatan serta pengalaman yang dimiliki, kita yakin akan mendapat sokongan daripada penduduk dan juga pengundi,” katanya.

    PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

    PRK DUN Kuala Kubu Baharu adalah PRK ketujuh selepas PRU15 dengan enam daripadanya dilaksanakan tahun lepas iaitu Parlimen Kuala Terengganu (Ogos), Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram (September), DUN Pelangai (Oktober), DUN Jepak (November) dan Parlimen Kemaman (Disember).

    ALSO READ:  Greece partially lifts ban for transporting animals after goat plague

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts