Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP tak akan tarik sokongan terhadap kerajaan Anwar - Nga

    DAP tak akan tarik sokongan terhadap kerajaan Anwar – Nga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming memberi jaminan bahawa partinya tidak akan sekali-kali menarik sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “DAP adalah rakan setiakawan dan sentiasa setia kepada perjuangan,” katanya kepada wartawan semasa sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

    Pemimpin DAP itu diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberitahu mereka akan menilai semula sokongan terhadap kerajaan serta mungkin turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan berhubung kes mahkamah Ahmad Zahid Hamidi.

    Pada 4 Sept, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

    Langkah itu diambil hakim Collin Lawrence Sequerah selepas pihak pendakwaan sendiri memohon untuk memberhentikan prosiding dengan memberikan 11 alasan.

    Permohonan itu dibuat timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

    Mengulas lanjut, Nga berkata, Syed Saddiq sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan pucuk pimpinan kerajaan hari ini sebelum membuat ulasan.

    “Syed Saddiq adalah antara ahli Parlimen yang menyokong kerajaan dan beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan. Itu lebih profesional,” katanya.

    Tindakan Muda itu kemudiannya mengundang rasa marah dan tidak puas hati di kalangan pemimpin dan penyokong BN/Umno.

    Antaranya, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Muda untuk melaksanakan ‘amaran’ mereka terhadap kerajaan.

    Bahkan Mohd Puad juga menganggap langkah tersebut boleh buktikan amaran Muda benar-benar “anak jantan yang tulen” atau sebaliknya.

    Bagi Nga, bekas Peguam Negara, Idrus Harun seharusnya tampil memberi penjelasan lanjut mengenai kes Zahid itu.

    “Saya rasa yang perlu jawab adalah bekas peguam negara. Semua pihak juga perlu faham bahawa Perlembagaan Persekutuan 145(3) memberi kuasa mutlak dan budi bicara kepada peguam negara sama ada untuk buat pertuduhan, penarikan pertuduhan ataupun apa-apa keputusan berkaitan kes jenayah.

    ALSO READ:  Pakar gesa pencarum Islam KWSP 'bersihkan' dividen, beralih ke syariah

    “Pihak polis hanya mempunyai kuasa siasat dan yang berkuasa mendakwa pula peguam negara. Justeru, isu ini sepatutnya dijawab oleh Idrus,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts