Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP tak pernah suruh PAS 'buang' Islam - Loke

    DAP tak pernah suruh PAS ‘buang’ Islam – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DAP tidak pernah menyuruh PAS “membuang” Islam ketika kedua-dua parti itu bekerjasama, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

    Ini berlaku sama ada semasa kerjasama kedua-dua parti itu dalam platform Barisan Alternatif dari 1999 hingga 2002 dan dalam Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015.

    “Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar itu,” kata Loke, sebagai respons kepada ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang malam tadi.

    Semasa ceramah di ibu pejabat PAS Bakri di Johor, Hadi mendakwa kepimpinan DAP telah meminta PAS “membuang” Islam, sebagai syarat untuk meneruskan kerjasama mereka.

    Dalam menafikan dakwaan itu, Loke berkata DAP konsisten dengan pendiriannya untuk bekerjasama dengan PAS dalam isu di mana mereka mempunyai titik persamaan, dan “bersetuju untuk tidak bersetuju” di mana mereka tidak dapat mencapai kata sepakat.

    Satu isu pokok di mana kedua-dua parti tidak sependapat adalah mengenai hukum hudud, di mana Loke berkata DAP secara konsisten menentang kerana ia tidak mengikut sistem perundangan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa DAP bukan satu-satunya yang menentang PAS dalam isu hudud, dan berbuat demikian tidak bermakna seseorang itu menentang Islam.

    “Mengapa hanya DAP yang sentiasa dilabelkan oleh PAS sebagai ‘musuh’ Islam? Bukankah ini semata-mata satu pembohongan PAS untuk menjadikan DAP sebagai ‘punching bag’ dalam percaturan politik mereka?” soalnya.

    Loke menegaskan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini berkongsi pentas yang sama dengan Abdul Hadi, juga lantang menentang hudud.

    Mahathir sebelum ini berkata adalah tidak adil untuk melaksanakan hukum hudud dalam konteks Malaysia, sedangkan Islam sangat menitikberatkan menegakkan keadilan.

    Loke berkata parti lain telah bersuara menentang undang-undang hudud, termasuk MCA, MIC dan Gerakan. Gerakan ktika ini adalah sekutu PAS dalam Perikatan Nasional.

    ALSO READ:  Wee pertahan jawatan presiden MCA
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts