Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDAP tekad pertahan kerusi dimenangi pada PRN akan datang

    DAP tekad pertahan kerusi dimenangi pada PRN akan datang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DAP bertekad untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

    Setiausaha DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, berkata parti itu akan terus menyokong kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hingga tempohnya berakhir pada 2025.

    “DAP Sabah berazam untuk terus berkembang bagi menawarkan perkhidmatan terbaik dan idealisme yang progresif kepada rakyat di Negeri ini pada PRN akan datang,” katanya pada Konvensyen DAP Sabah di Sandakan hari ini.

    Ia adalah antara dua daripada tujuh usul yang diluluskan pada konvensyen itu, yang menyaksikan Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Steven Sim, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, mewakili Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti berkenaan.

    Phoong juga berkata jawatankuasa parti Negeri itu turut menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, Sabah akan diberi bantuan lebih besar bagi menangani masalah di Negeri berkenaan.

    Beliau berkata DAP Sabah turut menyatakan dedikasi mereka dalam usul ke arah menegakkan hak-hak Negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bahawa Kerajaan Persekutuan harus menyegerakan pelaksanaannya termasuk pemberian geran khas 40 peratus.

    Mereka juga meminta Kerajaan Persekutuan agar menegakkan hak bagi kebebasan beragama dan melindungi kepelbagaian kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan sebagaimana tertulis di Batu Sumpah Sabah serta tidak sesekali tunduk dengan golongan pelampau agama yang mencemarkan semangat Persekutuan Malaysia selaras dengan prinsip MA63.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts