Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Dapatkan maklumat jelas sebelum tuduh Zaliha lemah terajui KKM'

    ‘Dapatkan maklumat jelas sebelum tuduh Zaliha lemah terajui KKM’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dakwaan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar bahawa Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa lemah disifatkan sebagai dakwaan yang berniat jahat dan berunsur peribadi.

    Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pemuda PKR Pulau Pinang Ahmad Fazley Abdul Hafiz meminta Sukri agar menyemak terlebih dahulu maklumat sebelum menyebarkan dakwaan seumpamanya.

    “Saya ingin menasihati agar beliau mendapatkan maklumat jelas berkenaan prestasi Menteri kesihatan atau mana-mana Menteri sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas seperti ini.

    “Adakah Ketua Pemuda PAS Selangor tidak mengambil tahu mengenai prestasi dan reformasi kesihatan yang telah dilaksanakan oleh Menteri berkenaan,” katanya.

    Dia juga berkata bahawa kenyataan Sukri mengenai isu peruntukan generasi penamat rokok (GEG) yang digugurkan dari Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tersasar daripada perkara yang sebenar.

    “Zaliha berulang kali menyatakan bahawa peruntukan GEG ini tidak digugurkan secara total, namun akan dilihat semula sekiranya perlu, memandangkan terdapat perbezaan pandangan perundangan berkenaan hal ini.

    “Namun begitu, RUU tanpa peruntukan GEG dan dimasukkan peruntukan berkenaan orang belum dewasa dalam mengawal bahan merokok termasuk vape dan rokok elektronik perlu disegerakan bagi mengatasi kelompangan undang-undang yang berlaku,” katanya.

    “Adakah Ketua Pemuda PAS ini menginginkan kanak-kanak yang berumur dua tahun boleh menghisap vape tanpa kawalan? RUU yang dibentangkan tempoh hari akan mengawal perkara ini daripada berlaku,” katanya.

    Terdahulu, Sukri dalam kenyataan yang dilaporkan Harakahdaily, mendakwa Zaliha sebagai seorang Menteri KKM yang lemah.

    Menurutnya, rekod setahun KKM di bawah Zaliha cukup untuk menunjukkan ketidakmampuan beliau dalam menerajui sektor kesihatan negara.

    Katanya, sebagai sebuah kementerian yang penting dan kompleks, KKM memerlukan Menteri yang tegas dan serius dalam membawa agenda reformasi kesihatan, bukan yang mudah tunduk kepada tekanan luar.

    ALSO READ:  PN syok sendiri? Bualan mulut BN saja, kata Hamzah

    Antara isu yang dibangkitkan oleh Sukri adalah keputusan meminda senarai di bawah Akta Racun 1952 yang mengeluarkan nikotin daripada senarai tersebut dan menggugurkan peruntukan generasi penamat rokok (GEG).

    Bagaimanapun, Ahmad Fazley berkata kenyataan Sukri sebagai dangkal dan cetek.

    “Saya ingin menasihati agar ketua Pemuda PAS Selangor yang juga merupakan agamawan jangan hanya melihat sesuatu yang dilaksanakan dari sudut pandang yang cetek, tetapi lihatlah dari sudut pandang yang lebih luas.

    “Saya beranggapan kenyataan yang dibuat ini adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi Menteri kesihatan semata-mata.

    “Jadilah pembangkang yang lebih profesional dalam menilai prestasi kerajaan dan buatlah penilaian serta cadangan yang lebih bersifat kritikal,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts