Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDasar afirmatif akan diteruskan - Rafizi

    Dasar afirmatif akan diteruskan – Rafizi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan akan meneruskan dasar afirmatif dalam ekonomi selain menambahbaik dasar yang berkaitan dengan keadilan sosial, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Bercakap ketika debat “Model Baru Ekonomi Malaysia” dengan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman malam tadi, Rafizi berkata soal tindakan afirmatif dan meritokrasi perlu dilihat berdasarkan konteks negara ini.

    “Ya, kita akan meneruskan dan menambahbaik dasar-dasar yang berkaitan dengan memberi keadilan sosial mengikut kumpulan dan keperluan, sebab itu soal meritokrasi atau tidak ini perlu dilihat dalam konteks negara kita. Seorang pelajar dari Bachok, dia mungkin dapat 7A atau 8A, taklah secermerlang pelajar Melayu juga dari Damansara Utama yang setiap hari ada tutor persendirian.

    Jadi soal tindakan afirmatif atau bantuan yang telah dijamin dalam perlembagaan kita adalah soal memastikan setiap anak-anak kita yang ada potensi mendapatkan keadilan sosial, keadilan ekonomi, untuk dibantu,” katanya. Apa yang lebih utama, kata Rafizi adalah bagaimana kerajaan dapat membangunkan lebih banyak infrastruktur, sekolah, dan universiti.

    “Kalau cukup universiti untuk memberi peluang secukupnya kepada jumlah pelajar lepasan SPM yang cemerlang, maka tak timbul isu afirmatif atau meritokrasi. Ia menjadi isu bila kedudukan kewangan negara semakin lemah sehingga kerajaan tak mampu menyediakan kemudahan dan peluang kepada seberapa ramai yang mungkin. Maka sebab itu timbul isu kuota dan sebagainya,” katanya.

    Terdahulu, Syahir meminta Rafizi menyatakan sama ada kerajaan melalui model baru ekonomi Malaysia akan mengekalkan dasar afirmatif atau beralih kepada sistem berasaskan meritokrasi sepenuhnya.

    Debat yang dihoskan bersama oleh RTM dan Astro Awani itu melibatkan masa 12 minit bagi setiap individu untuk memulakan debat, diikuti masa untuk menjawab dua soalan daripada moderator. Selepas itu, mereka diberi masa 90 saat untuk bersoal jawab antara satu sama lain, dan empat minit untuk setiap soalan.

    ALSO READ:  Bersih tidak tolak demo bantah hukuman Najib, butiran esok

    Dalam soalan lain, Syahir meminta Ahli Parlimen Pandan itu memilih antara konsep federalisme atau pemeriksaan negeri. Rafizi kemudian berkata persoalan untuk memilih antara dua konsep itu tidak timbul kerana kedua-duanya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bersama dengan senarai tanggungjawab bersama persekutuan dan negeri.

    “Masalah kita adalah sekiranya kerajaan persekutuan telah menjalankan tanggungjawab mengikut perlembagaan, tetapi kerajaan negeri tidak cekap mentadbir. Persoalannya kalau ada kerajaan negeri tidak mahir dan hanya asyik berpolitik… bukti macam air Kelantan yang sampai sekarang tak selesai.

    “Tak timbul federalisme atau pemberdayaan negeri, dah selesai sejak merdeka, mesti bergerak seiringan,” katanya.

    Terdahulu, Syahir ditanya oleh ahli parlimen Pandan itu mengapa Negeri Sembilan dan Melaka lebih maju daripada Kelantan walaupun pendapatan kedua-dua negeri itu lebih kecil berbanding negeri Cik Siti Wan Kembang.

    “Ayah saya dari Kelantan, mak saya dari Melaka. Saya merantau, setiap kali masuk Kelantan, masuk sempadan Jeli hingga Bachok hujung, itulah rupa jalan, jalan persekutuan. Melaka berubah setiap kali.

    “Point saya adalah federalisme. Anda tidak rasa, Kelantan dinafikan. Masa YB Rafizi pembangkang pun perkara sama (dibangkitkan). 33 tahun Kelantan di bawah PAS, tak pernah merasa nikmat federalisme sebagaimana dinikmati Negeri Sembilan dan Melaka. Kecuali dua tahun sahaja apabila kerajaan Kelantan dan persekutuan sama di bawah Muhyiddin dan Ismail Sabri,” katanya.

    Dalam sementara itu, Syahir berkata secara prinsip hutang perlu dibayar, termasuk hutang oleh kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat apabila ditanya mengenai perkara itu oleh Rafizi. Bagaimanapun, Syahir sekali lagi menyebut mengenai amalan federalisme bahawa bantuan kewangan boleh dipertimbangkan berdasarkan “hubungan bapa-anak” dengan kerajaan negeri.

    Rafizi sebelum itu meminta Syahir menjelaskan sama ada dia akan menggunakan kaedah yang sama yang dilakukan kerajaan Kelantan untuk meminta pembatalan hutang negeri, jika ditugaskan menguruskan hutang negara Malaysia sebanyak RM1.5 trilion.

    ALSO READ:  Polis tahan suami isteri, rampas 8.5 kilogram syabu

    Dalam segmen penutup perdebatan itu, Rafizi dan Syahir diberi masa enam minit masing-masing untuk menggulung debat mereka. Rafizi secara keseluruhan mengulangi bahawa berbagai langkah untuk menangani masalah struktur termasuk kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah telah dilaksanakan, dengan petunjuk ekonomi positif dilihat dalam kadar inflasi yang lebih rendah, serta jumlah pelaburan asing dan domestik yang semakin meningkat.

    Sementara itu, Syahir menegaskan bahawa model ekonomi baru yang dicadangkan untuk Malaysia dibina di bawah “bumbung” kestabilan negara, disokong oleh empat “tiang utama – integriti ekonomi, keadilan ekonomi, kitaran ekonomi, dan kesederhanaan”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts