Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDasar Islam PAS beri keadilan untuk semua kaum - Hadi

    Dasar Islam PAS beri keadilan untuk semua kaum – Hadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyatakan bahawa Islam yang diperjuangkan oleh parti itu memberi jaminan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

    Dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina, beliau menegaskan bahawa hal tersebut telah terbukti di Negeri-Negeri yang dikuasai PAS seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.

    Gambar Hiasan – Hadi semasa meraikan Tahun Baru Cina 2023

    “Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua kaum Cina di Malaysia.

    “Semua kita mahukan negara Malaysia yang sejahtera, di mana masyarakat hidup harmoni, aman dan saksama. Kepelbagaian kaum dan bangsa diraikan sebagai tanda kebesaran Allah dan merupakan fitrah kejadian manusia.

    “PAS berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya,” katanya.

    Menurut Abdul Hadi, di Negeri-Negeri yang dikuasai PAS, terbukti bahawa kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang. Malah, katanya, tidak ada rumah-rumah ibadat dirobohkan dan kegiatan ekonomi tidak disekat.

    Gambar Hiasan – Masyarakat Cina di Kuala Terengganu

    “Bahkan orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran PAS dengan diberikan hak kebebasan beragama dan bermasyarakat.

    “Dalam hidup bermasyarakat majmuk ini, kita juga hendaklah saling mengenali budaya antara satu sama lain, saling kunjung mengunjungi dan saling hormat menghormati, supaya kita terus hidup dengan suasana yang penuh harmoni dan gembira.

    “Saya sendiri terus belajar tentang budaya dan amalan kaum-kaum lain di Malaysia.

    “Justeru itu, harapan saya sempena perayaan Tahun Baru Cina ini agar perpaduan kaum di Malaysia terus dieratkan dan diperkukuhkan,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts