Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDasar k'jaan satu peratus peluang kerja bantu warga emas, bekas banduan

    Dasar k’jaan satu peratus peluang kerja bantu warga emas, bekas banduan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Langkah kerajaan untuk memperluas dasar satu peratus peluang pekerjaan kepada golongan warga emas dan bekas banduan telah membantu meningkatkan tahap ekonomi golongan berkenaan.

    Syarikat penternakan, pemprosesan, dan pengedaran, Urusan Bismi Empire Sdn Bhd (Ayam Bismi), antara yang menyokong usaha tersebut dengan menganggap golongan terbabit mampu menjalankan tugas dengan cekap dan memiliki pengalaman luas yang boleh memberi manfaat kepada syarikat.

    Pengarah Urusan Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin, menyatakan bahawa mengambil golongan warga emas dan bekas banduan untuk bekerja adalah langkah yang positif kerana ia menunjukkan kesungguhan mereka dalam mencari rezeki yang halal dan secara tidak langsung membantu mereka memperbaiki kualiti hidup.

    “Apabila mereka berminat untuk bekerja, mengapa kita tidak memberi bantuan. Seringkali kita ambil pekerja biasa tetapi mereka malas dan kurang minat, tetapi golongan ini benar-benar bersungguh-sungguh dalam mencari pekerjaan dan hasil yang diberikan jauh lebih baik berbanding pekerja biasa yang tidak rajin,” katanya.

    “Bagaimanapun, mungkin kerajaan boleh memberikan insentif khas untuk membantu golongan ini agar mereka tidak mengambil kesempatan dan bekerja secara lewa. Setakat ini, kami telah mempunyai empat warga emas bekerja bersama kami dan saya memberi sokongan penuh terhadap inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu kedua-dua golongan ini,” tambahnya.

    Sementara itu, seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Mohd Amin, 38 tahun, dari Alor Setar, mengatakan bahawa beliau memahami cabaran yang dihadapi oleh bekas banduan dalam mencari pekerjaan dan tidak menyalahkan sesiapa yang enggan menerima mereka sebagai pekerja.

    “Saya telah menjalani hukuman lima tahun di penjara atas kesalahan yang dilakukan. Sebelum ini, saya telah mencuba untuk mendapatkan pekerjaan tetapi permohonan saya ditolak kerana rekod jenayah yang saya miliki,” katanya.

    ALSO READ:  Mufti Pahang: Hindari fahaman khawarij, takfiri

    Peniaga Fadhlina Rahman, 46 tahun, turut memberi pandangan mengenai dasar satu peratus peluang pekerjaan yang melibatkan golongan warga emas dan bekas banduan sebagai satu inisiatif yang patut dipuji kerana dapat membantu golongan tersebut menyertai semula masyarakat dan menjalani kehidupan normal.

    “Kita yang masih muda dan tiada rekod jenayah juga susah untuk mencari pekerjaan, apatah lagi mereka. Oleh itu, peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan ini dapat membantu mereka mencapai kemandirian ekonomi dan tidak bergantung kepada orang lain,” katanya.

    Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan bahawa dasar satu peratus peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) akan diperluaskan kepada bekas banduan dan warga emas melalui peluang pekerjaan MYFutureJobs dan program MySTEP.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts