Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDatuk kesal cucu tetap kena bayar fi murid warga asing

    Datuk kesal cucu tetap kena bayar fi murid warga asing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang datuk berasa kesal apabila dikehendaki membayar fi murid warga asing untuk persekolahan cucu perempuannya meskipun selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan kewarganegaraan remaja berusia 15 tahun itu pada Jan lalu.

    Bercakap kepada Malaysiakini, P Sadanathan, 73, berkata, cucunya, Mathumitha Deevakaran merupakan murid tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah Alor Setar, Kedah.

    “Ibunya seorang warga Indonesia dan bapanya merupakan warga Malaysia. Namun (sebelum ini) dia dan adik lelakinya tidak mendapat warganegara dan hanya mempunyai pasport warga Indonesia. Selama ini kedua-duanya belajar di sekolah menggunakan pas pelajar dengan bayaran RM240 setiap tahun.

    “Pada 15 Jan tahun ini KDN meluluskan permohonan kewarganegaraan si kakak. Kami seterusnya ke Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Alor Setar untuk memohon sijil beranak. Bayarannya telah dibuat dan pegawai JPN di situ berkata kami perlu menunggu antara tujuh hingga lapan bulan untuk mendapatkan sijil beranak,” jelasnya.

    Bagaimanapun, Deevakaran berkata pihak sekolah memaklumkan mereka masih perlu membayar fi murid warga asing sekiranya cucunya mahu ke sekolah.

    “Mereka kata tak terima surat kelulusan permohonan dan slip bayaran sijil beranak sebagai bukti bahawa cucu saya sudah mendapat kelulusan kewarganegaraan. Kami berasa kecewa dan sedih dengan keputusan pihak sekolah,” katanya.

    Menurut Sadanathan, gajinya sebagai pembantu di sebuah restoran di Alor Setar tidak mampu menampung bayaran fi berkenaan.

    “Gaji sehari saya RM40 sahaja. Saya perlu tanggung dua cucu saya dengan gaji yang rendah. Saya masih perlu bayar fi murid asing bagi adik lelaki Mathumitha yang masih tidak mendapat kewarganegaraan.

    “Harap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu kami,” katanya.

    Malaysiakini telah melihat surat kelulusan permohonan kewarganegaraan Mathumitha.

    ALSO READ:  MCA 'rugi' pinggirkan Ti Lian Ker, sindir Puad

    Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Bersatu, P Manivanan menyifatkan perkara itu sebagai keranah birokrasi.

    “Ini yang kita panggil birokrasi. Walaupun KDN telah memberikan kewarganegaraan, ada pegawai KPM masih menafikan hak dia ke sekolah atas alasan tak bayar fi murid asing.

    “KPM perlu segera mengarahkan PPD membenarkan Mathumitha ke sekolah,” katanya kepada Malaysiakini.

    Ketika dihubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjanji akan menyelesaikan isu tersebut.

    “Murid akan bersekolah. JPN Kedah akan uruskan. Selesai,” katanya kepada Malayskini, petang semalam.

    Sementara itu, Sadanathan mengesahkan setakat berita ini ditulis, tiada mana-mana pihak dari JPN Kedah menghubunginya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts