Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Datuk seri' antara 10 ditahan terbabit sindiket FPX

    ‘Datuk seri’ antara 10 ditahan terbabit sindiket FPX

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ merupakan antara 10 individu ditahan, kerana disyaki terlibat sindiket pertukaran proses kewangan (FPX) yang menawarkan perkhidmatan kepada perjudian dalam talian.

    Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman Datuk Mohamed Hasbullah Ali berkata kesemua yang terlibat, terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 27 hingga 49 tahun.

    Bercakap dalam sidang media khas di Menara KPJ hari ini, beliau berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Dang Wangi, di Kuala Lumpur, pada 28 hingga 31 Jan lepas.

    “Berdasarkan risikan, sindiket gerbang pembayaran ini mula beroperasi di sekitar pertengahan tahun 2022, dengan berselindung di sebuah entiti Cita Layar Sdn Bhd yang membangunkan satu platform gerbang pembayaran dikenali MyPay88, yang digunakan sebagai medium untuk pemain judi.

    “Sistem ini dibangunkan oleh seorang Datuk Seri, yang merupakan pengendali dan pembangun sistem FPX,” katanya.

    Mohammed Hasbullah berkata berdasarkan hasil siasatan, sindiket itu telah beroperasi selama setahun.

    “Sindiket itu juga telah berjaya melakukan transaksi mencecah RM576 juta, hasil daripada kadar perolehan,” katanya.

    Beliau berkata lebih 40 operator judi yang telah menggunakan MyPay88 dan kesemua sasaran operator judi ini, merupakan warga tempatan.

    Mohammed Hasbullah berkata kejayaan tangkapan ini, merupakan kejayaan pertama dan rampasan terbesar melibatkan sindiket FPX ini.

    “Sindiket ini dikenal pasti menyalahgunakan kelompongan sistem pembayaran dalam talian, bagi membantu aktiviti perjudian dalam talian dan jenayah lain,” katanya.

    Mohammed Hasbullah berkata turut dirampas ialah sembilan telefon bimbit, tiga peralatan komputer, empat set dokumen, dua utas jam tangan, 10 buah kenderaan dan tunai berjumlah RM325,000.

    “Tindakan pembekuan juga dilakukan ke atas 42 akaun bank berjumlah RM18,290,623, yang dipercayai hasil daripada aktiviti perjudian dalam talian,” katanya.

    ALSO READ:  Tiga anggota PGA didakwa curi wang RM85,000 di premis perniagaan

    Mohammed Hasbullah berkata tangkapan dilakukan hasil daripada risikan pihaknya dan maklumat orang awam.

    “Oleh itu, orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti berkaitan sindiket perjudian dalam talian.

    “Kami juga telah menghubungi Bank Negara Malaysia bagi meminta mereka bekerjasama membantu siasatan berkenaan sindiket ini,” katanya.

    Beliau berkata masyarakat diminta membantu pihak polis secara berterusan dengan memainkan perananan sebagai mata dan telinga, menyalurkan maklumat berkaitan perjudian dalam talian.

    “Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap sindiket perjudian dalam talian dalam menghadapkan mereka ke muka pengadilan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts