Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDBKL sita perniagaan tanpa lesen warga asing di Jalan Hang Jebat

    DBKL sita perniagaan tanpa lesen warga asing di Jalan Hang Jebat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menyita barangan peniaga warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

    Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Facebook rasmi DBKL, ia berhampiran dengan Menara Merdeka 118.

    Tindakan itu diambil susulan maklumat awam yang tular di aplikasi X pada 9 Mei berkaitan terdapatnya aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing di kawasan itu.

    “Bertindak di atas perkongsian berkenaan, pada petang Jumaat, 10 Mei 2024 sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan dan mendapati terdapat 3 aktiviti perniagaan yang dilakukan melibatkan penjaja telur ayam (warga negara asing) dan 2 penjaja sayuran, buah-buahan, ikan dan barangan am dari warga negara tempatan secara tanpa lesen dari pihak berkuasa.

    “DBKL telah membuat tiga tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta merta dan turut mengeluarkan dua notis kompauan dibawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

    “Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras,” kata kenyataan di Facebook rasmi DBKL.

    Menurut kenyataan itu lagi, DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari semasa ke semasa.

    Pada 23 April, DBKL bertindak ke atas peniaga warga asing yang tidak serik dan masih menjaja jagung bakar depan KLCC meskipun sudah berulang kali diambil tindakan sebelum ini.

    DBKL menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi mengambil tindakan penguatkuasaan selepas aktiviti terbabit dikesan kembali beroperasi.

    DBKL mengambil tindakan sitaan terhadap barang jualan serta peralatan yang digunakan untuk membakar jagung dalam operasi berkenaan di sekitar kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang dan Saloma Bridge, Jalan Saloma.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts