Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDemo anti-Zahid tukar tempat lagi

    Demo anti-Zahid tukar tempat lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perhimpunan di ibu negara bagi membantah keputusan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada kes rasuah tukar tempat lagi.

    Penganjur hari ini mengumumkan lokasi baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

    Ini lokasi ketiga yang diumumkan selepas pengumuman awal Sabtu lalu, bahawa ia akan diadakan sekitar pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Bukit Bintang.

    “Sekretariat juga telah bersetuju bahawa gerakan ini akan dilancarkan menerusi satu Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada hari Sabtu, 16 September 2023, di Kampung Baru, Kuala Lumpur,” kata penganjur.

    Dalam kenyataan hari ini, Gerakan Selamatkan Malaysia berkata sekretariat itu dibentuk hasil hasil gabungan parti politik, NGO dan beberapa individu.

    Pihak-pihak itu tidak diumumkan.

    Bagaimanapun setakat ini ia dijuarai oleh Perikatan Nasional (PN).

    Sementara itu, penganjur berkata peserta akan bermula dengan solat zohor di Masjid Kampung Baru.

    Sabtu lalu, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari berkata sayap Pemuda PN akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada Hari Malaysia, 16 September ini sebagai protes terhadap kes Zahid.

    Dia mengumumkan himpunan itu akan diadakan di depan Sogo bertemakan pakaian putih dan membawa bendera Malaysia.

    Bagaimanapun, kelmarin, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, berkata mereka akan berkumpul di Bukit Bintang.

    “Ini bukan demonstrasi, tapi himpunan. Kami tidak akan ke jalan raya. Kita hanya berkumpul bersama bendera Malaysia.

    “Kita beli kunafah, kebab, McDonald’s di sekitar kawasan Bukit Bintang,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts