Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDemo Bersih: MP saran penganjur, pihak berkuasa kerjasama

    Demo Bersih: MP saran penganjur, pihak berkuasa kerjasama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak penganjur demonstrasi disarankan bekerjasama dengan pihak berkuasa agar proses penyerahan memorandum dapat berlangsung dalam keadaan aman.

    Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari menyatakan pendapat tersebut apabila diminta memberi komen mengenai rancangan NGO Bersih untuk berarak ke parlimen pada Selasa depan bagi menekan kerajaan melaksanakan reformasi undang-undang.

    Beliau menyambut baik sebarang gerakan rakyat anjuran mana-mana organisasi yang mengikut peraturan undang-undang.

    “Saya mengalu-alukan sebarang bentuk gerakan rakyat termasuk Bersih selagi ia tidak melanggar undang-undang dan keselamatan yang telah ditetapkan.

    “Saya berharap penganjur dan pihak berkuasa dapat bekerjasama untuk memastikan proses penyerahan memorandum berjalan lancar dan sempurna.

    “Kita berharap agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Semalam, Bersih menyatakan tujuan perhimpunan itu adalah untuk ‘mengingatkan’ kerajaan mengenai tiga agenda reformasi.

    Antaranya adalah untuk memperbaiki perlindungan kepada pemberi maklumat dan membuka akses kepada maklumat kerajaan.

    Poin kedua adalah tentang had tempoh jawatan perdana Menteri, yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya PH manakala poin ketiga adalah berkaitan dengan Akta Hasutan, sejajar dengan janji PH untuk menyemak semula dan memansuhkan undang-undang yang dianggap zalim.

    Mengambil serius tuntutan Bersih

    Taufiq menjelaskan bahawa tuntutan Bersih ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan rakyat bebas untuk menyuarakan pendapat di Malaysia.

    Jadi, katanya, kerajaan seharusnya menilai tuntutan tersebut jika perlu dilaksanakan dengan segera.

    “Perbahasan Dewan Rakyat kali ini akan difokuskan kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

    “Jika tuntutan Bersih dinilai perlu dipercepatkan, maka kita patut mengambil serius and perlu ada usaha serta perbincangan untuk melaksanakannya,” tambah beliau.

    Bagaimanapun, Taufiq mengakui bahawa kerajaan memerlukan masa untuk melaksanakan pelbagai jenis reformasi seperti yang dijanjikan semasa pilihan raya yang lepas.

    ALSO READ:  Masalah bekalan air: UMS bina enam telaga tiub

    “Tetapi, saya yakin Kerajaan Madani sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik dan reformasi ini memerlukan kerjasama dari semua pihak,” ujarnya.

    Apabila ditanya mengenai penyokong kerajaan yang akan turut serta dalam perarakan itu, Taufik menyatakan pihaknya belum menerima sebarang arahan.

    “Tetapi saya bercakap berdasarkan kapasiti sebagai ahli parlimen Sungai Petani.

    “Ahli parlimen kerajaan akan turut serta menerima memorandum tersebut selagi ia tidak melanggar undang-undang,” tambah beliau.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts