Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDemo Bersih: Polis panggil 3 individu beri keterangan minggu depan

    Demo Bersih: Polis panggil 3 individu beri keterangan minggu depan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis akan memanggil tiga individu yang merupakan penganjur Perhimpunan Tuntut Reformasi 100 Peratus minggu depan, untuk memberikan keterangan bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung perhimpunan itu dijalankan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

    Katanya ketiga-tiga individu itu telah dikenal pasti, dan beliau percaya mereka akan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

    “Setakat ini, kita rancang untuk panggil tiga orang untuk diambil keterangan. Semua individu ini adalah pihak penganjur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Presint 11 di Putrajaya hari ini.

    Selasa lepas, Perhimpunan Tuntut Reformasi 100 Peratus anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah diadakan, yang menyaksikan sekumpulan kira-kira 60 peserta berarak dari Plaza Tugu Negara, Kuala Lumpur hingga ke laluan masuk Parlimen, bagi menyerahkan tuntutan yang antara lain berkaitan dengan pelaksanaan agenda reformasi 100 peratus dan menolak undang-undang dua darjat.

    Susulan perhimpunan itu polis telah membuka satu kertas siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

    Sementara itu ditanya mengenai tahap kesiapsiagaan polis bagi program Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin yang dijadualkan di ibu negara pada 2 Mac ini, Allaudeen berkata pihaknya sedia maklum mengenainya, namun peranancangan akan dibuat selepas pihak penganjur mengemukakan pemakluman dan permohonan bagi tujuan penganjuran.

    “Datang jumpa polis dan bincang supaya kami dapat ‘facilitate’ dan pastikan perhimpunan berjalan lancar. Bila pemakluman dan permohonan diterima, kita akan proses dan tugaskan anggota secukupnya pada hari kejadian,” katanya menambah kegagalan mengemukakan pemakluman dan permohonan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

    Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan dan kegagalan berbuat demikian adalah menyalahi undang-undang.

    ALSO READ:  Laporan: Rombakan kabinet dijangka esok

    Allaudeen berkata pihak penganjur perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik premis sebelum mengemukakan pemakluman dan permohonan kepada pihak polis.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts