Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Denda syarikat RM30k bagi setiap warga asing tanpa kerja'

    ‘Denda syarikat RM30k bagi setiap warga asing tanpa kerja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pertanian dan Komoditi Johari Abdul Ghani mencadangkan denda yang tinggi untuk syarikat yang membawa masuk pekerja asing tanpa menyediakan pekerjaan untuk mereka.

    Beliau berkata denda itu kemudiannya boleh digunakan untuk menghantar warga asing berkenaan pulang ke negara asal mereka.

    “Saya nak cadangkan mana-mana syarikat yang bawa pekerja asing datang ke negara kita dan dalam sebulan masih tak ada kerja, syarikat itu sepatutnya dikompaun RM20,000 sehingga RM30,000 seorang.

    “Kalau bawa 500 pekerja, darab dengan 500, kalau 1,000 (pekerja), darab dengan 1,000, barulah boleh guna benda ini, kalau tak ada kerja, kita hantar balik guna kos ini, kalau tidak kerajaan kena tanggung kos,” katanya dipetik Berita Harian.

    Sektor perladangan adalah antara yang banyak bergantung kepada tenaga kerja warga asing.

    November lalu, Malaysiakini mendedahkan sindiket yang selama ini memanipulasi sistem kuota pekerja asing kerajaan untuk mengaut keuntungan.

    Sindiket itu menggunakan dokumen palsu untuk membawa masuk ratusan pekerja asing untuk pekerjaan yang tidak wujud.

    Syarikat terbabit menjana wang dengan sama ada menjual kuota kepada syarikat atau ejen lain atau dengan menjual atau menyewakan pekerja.


    Laporan berkaitan: Urus niaga jutaan ringgit dari penipuan permohonan kuota pekerja asing


    Penipuan itu telah mengakibatkan beratus-ratus pekerja asing – yang ditipu menyangka mereka mempunyai pekerjaan menunggu mereka – dalam kesempitan, manakala sekurang-kurangnya dua warga asing yang dibawa masuk oleh sindiket itu telah meninggal dunia.

    Perkara itu kini disiasat oleh Kementerian Sumber Manusia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts