Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDewan Negara lulus RUU Kawalan Produk Merokok

    Dewan Negara lulus RUU Kawalan Produk Merokok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dewan Negara hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara.

    Rang undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad antaranya memperuntukkan larangan menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

    Ia juga termasuk pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan selepas itu.

    Rang undang-undang dari Fasal 1 hingga 54 itu telah dibentangkan semula bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam, sebelum dibentangkan untuk bacaan kali ketiga hari ini dan dibahas oleh 22 Ahli Dewan Negara.

    Dzulkefly ketika menggulung perbahasan berkata pengguguran GEG daripada rang undang-undang ini merupakan keputusan kolektif dan kebertanggungjawaban bersama oleh kerajaan setelah mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara.

    “Berdasarkan pandangan Jabatan Peguam Negara, terdapat isu ketidaksamarataan dan diskriminasi kedudukan undang-undang dalam peruntukan GEG, ini bermaksud memberi layanan yang berbeza terhadap orang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan mereka yang lahir selepas atau pada 1 Januari 2007. Konsep GEG ini akan menyebabkan layanan berbeza terhadap dua kumpulan yang lahir pada tahun berbeza.

    “Oleh itu, Jabatan Peguam Negara mempunyai pandangan peruntukan ini boleh dicabar di mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

    Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 bagi meminda Akta Makanan 1983, selaras dengan kelulusan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

    Rang undang-undang mengandungi empat fasal yang turut dibentangkan oleh Dzulkefly itu adalah bagi meminda Akta Makanan 1983 (Akta 281) untuk memastikan tiada percanggahan dan pertindihan peruntukan antara kedua-dua perundangan ini.

    ALSO READ:  Polis akan panggil Muhyiddin isu 'fatwa haram undi PH'

    Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya tidak mencelah ketika Menteri sedang membuat pembentangan sesebuah rang undang-undang dalam sidang Dewan Negara.

    “Bila Menteri bentang, tidak pernah dibolehkan untuk mencelah kerana yang dibentang itu soal pendirian, pandangan dan dasar kerajaan dan tiada kena-mengena dengan kita (Senator), itu kebiasaannya amalan dan tradisi,” katanya.

    Beliau berkata bagaimanapun, Senator dibenarkan untuk mencelah ketika seseorang Menteri membuat penggulungan usul perbahasan dengan syarat berdiri dan Menteri berkenaan memberi ruang.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts