Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDewan Rakyat lulus RUU Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024

    Dewan Rakyat lulus RUU Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.

    RUU tersebut diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying setelah jawatankuasa mempertimbangkan usul dicadangkan itu tanpa sebarang pindaan.

    Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan membentangkan RUU yang bertujuan untuk meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) yang melibatkan fasal 1 hingga fasal 12.

    Antara fasal yang dipinda adalah fasal 9 yang bertujuan untuk meminda subseksyen 10a(1) Akta 370 bagi memperuntukkan bahawa daftar wang tak dituntut yang mengandungi butir-butir tentang wang tak dituntut yang dipegang oleh syarikat atau firma yang kekal tidak dibayar sehingga ke hari terakhir bulan Disember tahun yang sebelumnya hendaklah disiarkan melalui peranantara elektronik atau secara penyampaian elektronik.

    Fasal 10 pula bertujuan untuk meminda subseksyen 11(2) Akta 370 bagi mengurangkan tempoh wang tak dituntut yang dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan (setakat yang wang tak dituntut itu belum dibayar daripada Akaun Amanah Disatukan di bawah Bahagian II Akta 370) daripada 15 tahun kepada 10 tahun.

    Pindaan yang dicadangkan membolehkan wang tidak dituntut dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan apabila tempoh 10 tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan luput.

    Jika RUU ini diluluskan, jumlah WTD yang akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan mencecah RM1.98 billion pada awal pelaksanaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts