Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDFC mohon maaf, nafi bersikap rasis

    DFC mohon maaf, nafi bersikap rasis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darsa Mohammed Faiz Zuhdi menegaskan bahawa restoran mereka tidak bersikap rasis atau perkauman seperti yang didakwa orang ramai.

    Katanya, pihaknya tidak bersetuju dengan penggunaan sentimen agama, kaum dan politik demi menarik pelanggan dalam sesebuah perniagaan.

    “Kami tak rasis. Kami juga ingin menegaskan bahawa DFC menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan (restoran) kami dengan isu perkauman atau keagamaan.

    “Kami bersetuju bahawa kita tak perlu main sentimen agama, kaum atau politik dan komitmen kami adalah menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi selaras dengan semangat perpaduan serta saling hormat-menghormati yang merupakan asas konsep Malaysia Madani.

    “Justeru, sekali lagi pihak kami memohon jutaan maaf dan berterima kasih atas sambutan yang luar biasa ini,” katanya pada sidang media di Restoran DFC Rawang, hari ini.

    Tambahnya, pihak DFC mengakui kontroversi yang berlaku adalah berpunca daripada kekhilafan pekerja dan pengurusan syarikat yang terlepas pandang isu berkenaan.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts