Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDHPP buat pemilihan sulung lepas Muktamar PAS

    DHPP buat pemilihan sulung lepas Muktamar PAS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jawatankuasa Kerja Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) peringkat kawasan akan menjalani pengundian dalam tempoh dua bulan selepas muktamar PAS, kata ketuanya. N Balasubramaniam berkata DHPP kawasan yang cukup syarat selaras aturan dan peraturan ditetapkan Jawatankuasa PAS Pusat akan mula mengadakan mesyuarat agung pada Disember hadapan. Ini merupakan julung kali jawatankuasa DHPP akan dipilih oleh ahli berbanding pelantikan yang dibuat kepimpinan PAS di peringkat kawasan. “Sebelum ini, Ketua DHPP kawasan dipilih kepimpinan PAS di peringkat kawasan, tetapi kali ini ahli DHPP berpeluang menentukan siapa yang akan memimpin bagi sesi akan datang. “Jawatankuasa pengundian dibentuk PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden PAS Idris Ahmad akan mengendalikan pengundian tersebut. “Selaku Ketua DHPP, saya amat berbesar hati dengan perkembangan ini kerana sudah tiba masanya kita melangkah ke episod baru dalam bab pengundian jawatankuasa DHPP,” katanya seperti dipetik Harakahdaily, semalam.

    Dia turut menyatakan keyakinan bahawa DHPP akan lebih tersusun dan matang selepas pengundian nanti. DHPP bermula dengan kewujudan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dilancar almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 11 Mac 2004. Ia kemudian dilancar secara rasmi pada 23 Mei 2010 oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Dewan Pejabat Tanah Klang, Klang Selangor sebagai sebuah sayap baru yang dianggotai oleh penyokong bukan Islam. Konvensyen Nasional DHPP kali pertama diadakan dengan tema ‘Memimpin Perpaduan’ pada Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak dengan Balasubramaniam sebagai ketuanya yang pertama. DHPP dijenamakan semula daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS kepada Dewan Himpunan Pendukung PAS pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 di Kelantan dan bakal menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya tahun hadapan.

    ALSO READ:  SIARAN LANGSUNG | Forum Setahun Kerajaan Madani: Apa Seterusnya?

    Sementara itu Balasubramaniam turut mencadangkan penubuhan yayasan bertujuan menjaga kebajikan ahli DHPP. “Bukan semua ahli berkemampuan membayar yuran dan berkeupayaan mengharungi kehidupan seharian, justeru, saya mengambil kesempatan mencadangkan supaya DHPP menubuhkan sebuah yayasan yang akan dipantau oleh PAS dan DHPP pada sesi akan datang,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts