Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDi tengah kempen PRN, naratif 'kafir harbi' kembali di media sosial

    Di tengah kempen PRN, naratif ‘kafir harbi’ kembali di media sosial

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Trend golongan muda memberi amaran berkenaan “kafir harbi” di media sosial di tengah kempen PRN yang sedang hangat berlangsung. Ini menurut inisiatif Pantauan Media Sosial #PRN 2023 “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” yang diketuai Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) sempena PRN kali ini. Menurut analisis awal mereka, dalam beberapa keadaan, mesej di media sosial memberi amaran kepada pengundi bahawa kafir harbi akan mengambil alih jika orang Islam tidak bersatu.

    Dalam satu video TikTok yang dimuat naik minggu lalu, sekumpulan belia menunjukkan telefon mereka yang memaparkan di negeri mana mereka akan mengundi dan parti politik pilihan mereka. Ada yang menunjukkan mereka akan mengundi PAS, sebahagiannya PH dan ada juga BN. Video tersebut diiringi ayat: “Bersatu teguh bercerai kafir harbi take over”.

    Kafir harbi merujuk kepada orang bukan Islam yang melawan Islam, berbanding “kafir zimmi” iaitu orang Islam yang hidup secara aman dan dilindungi haknya di sebuah negara Islam. Penggunaan istilah untuk merujuk golongan bukan Islam ini sering kali menjadi perdebatan kerana ia biasanya digunakan dalam konteks perang, di mana musuh boleh dibunuh.

    Calon PN: Kafir harbi dapat 40 kerusi

    Satu lagi contoh yang dikesan pemantau CIJ adalah di Twitter, yang berkongsi semula video TikTok oleh calon PAS di Pantai Merdeka, Shahrir Long. Dalam video itu, Shahrir berkata “kafir harbi dapat 40 (kerusi Parlimen)”, dipercayai merujuk kepada DAP yang memegang 40 kerusi di Dewan Rakyat. “Yang mengaku nak memperjuangkan agama dan bangsa tak mahu bergabung sesama orang Islam. “Marah sangat kepada kafir harbi, akhirnya bersama dengan kafir harbi,” katanya dalam video itu, berkemungkinan merujuk kepada kerjasama antara BN dan PH. Pengguna Twitter yang mengongsikan video itu bagaimanapun mempersoalkan bagaimana Shahrir boleh menggelar 40 ahli parlmen tersebut sebagai kafir harbi, sedangkan ada dalam kalangannya yang beragama Islam.

    ALSO READ:  Faktor Sanusi pacu PN, PH-BN berisiko hilang 7 kerusi di Kedah

    Kebanyakannya tidak parah

    Di sebalik konotasi ganas dalam naratif kafir harbi, pemantau CIJ mendapati kebanyakan ucapan kebencian di media sosial ketika tempoh ini berada di Tahap 1, iaitu dianggap sebagai “perbezaan pendapat atau bahasa dan kandungan yang tidak menyinggung”. Dalam 18,721 hantaran yang diproses, hanya 25 peratus (0.13 peratus) di Tahap 3 dan empat (0.02 peratus) di Tahap 4. “Naratif keseluruhan masih berkenaan kaum dan agama, namun ia bukan di tahap keparahan yang tinggi. Bagaimanapun, komen di Tahap 2 menunjukkan komen bernada rasis, xenofobia, homofobia, transfobia dan stereotaip gender terus dinormalisasikan tanpa ada mesej balas yang jelas daripada orang awam,” katanya.

    Dr Mahathir dan Matt Healy

    Pantauan CIJ juga mendapati ucapan kebencian seputar kaum kebanyakannya berkaitan dengan hantaran media sosial oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mencabar hak warga bukan Melayu di Malaysia. Ada pengguna media sosial yang bersetuju dengan pandangan itu, ada juga yang menolak sepenuhnya. Pembatalan konsert Good Vibes Festival (GVF) pada bulan lalu selepas vokalis kumpulan British The 1975, Matt Healy mencium anggota lelaki kumpulan itu, turut membawa kepada ucapan kebencian terhadap komuniti LGBT di media sosial, menurut pantauan CIJ. “Isu tersebut juga dipolitikkan untuk memenangi sentimen anti-LGBTQ+ di kalangan orang awam seperti dilihat ketika menteri komunikasi dan digital mengarahkan pembatalan segera (GVF). Kebanyakannya kritikal terhadap kerajaan sekarang dan menggesa pengundi menyokong PAS/PN,” menurutnya. Mereka berkata komen pelawak Jocelyn Chia yang menyokong Healy turut mencetuskan ucapan kebencian terhadapnya berasaskan gender.

    Sementara itu, pelbagai akaun turut didapati membuat hantaran kebencian terhadap warga asing termasuk penyebaran maklumat peribadi terhadap apa yang mereka dakwa sebagai warga asing tanpa dokumen yang dikehendaki Jabatan Imigresen.

    ALSO READ:  DAP pecat 4 ahli bertanding lawan calon parti

    Malaysiakini adalah rakan media rasmi inisiatif Pantauan Media Sosial #PRN 2023 “Katakan Tidak pada Ucapan Benci”. Menerusi inisiatif ini, orang ramai boleh membuat laporan terhadap ucapan kebencian ketika PRN menerusi pautan ini. Anda juga boleh ke laman “Katakan Tidak pada Ucapan Benci” CIJ untuk data dan maklumat tambahan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts