Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDialog awam berkala antara 4 tawaran calon PN Simpang Jeram

    Dialog awam berkala antara 4 tawaran calon PN Simpang Jeram

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PRK JOHOR| Empat tawaran untuk pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dikemukakan calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya hari ini. Tawaran yang dikemukakan Dr Mazri tiga hari sebelum hari mengundi pada 9 September ini meliputi dialog awam berkala, program untuk masyarakat setempat, program berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan sukan untuk golongan belia serta pelan perumahan mampu milik.

    “Dialog awam berkala menganjurkan sesi antara penduduk yang terjejas banjir kilat dengan pihak berwajib sehingga kekerapan banjir dapat dihentikan.

    “Pada masa sama, kita akan turut mewujudkan sesi dengan Syarikat Air Johor dan merangka tindakan pemantauan yang telus berkaitan jadual penukaran perpaipan uzur dan gantian,” katanya dalam sidang media di Markas Pas Bakri, Muar, hari ini.

    Mengenai program untuk masyarakat majmuk, Mazri berkata, dia akan mengusahakan pusat bantuan dan pengupayaan orang kurang upaya (OKU) dengan kerjasama agensi kerajaan persekutuan.

    “Kita juga akan mengadakan Program Jejak Bakat Orang Muda Simpang Jeram dalam segenap disiplin termasuk sukan, TVET dan keusahawanan,” katanya.

    Selain itu, Dr Mazri juga menawarkan pelan penubuhan kompleks sukan untuk penduduk Simpang Jeram khususnya golongan belia.

    “Kita mengadakan libat urus dengan kesemua persatuan belia dan kelompok penggiat sukan berkaitan keperluan sukan dan rekreasi.

    “Kita juga akan menghasilkan Pelan Tindakan Simpang Jeram Cergas di lokaliti,” katanya.

    Katanya lagi, perumahan mampu milik juga menjadi salah satu tawaran utama PN.

    “Kita melaksana libat urus dengan pihak berwajib berkaitan pelan penempatan perumahan rumah mampu milik.

    “Kita juga akan menggalakkan pelaburan dari pemaju perumahan yang menampilkan kaedah pembinaan inovatif bagi menghasilkan rumah dalam kadar yang cepat pada nilai mampu milik,” katanya.

    ALSO READ:  Sanusi: PAS atur langkah ambil alih Perak dan Pahang

    PRK DUN Simpang Jeram 9 September ini diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

    Dr Mazri bakal menghadapi pertembungan tiga penjuru dengan calon PH, Ir. Nazri Abdul Rahman dan calon Bebas, S Jeganathan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts