Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDiam sajalah Sanusi - Fahmi

    Diam sajalah Sanusi – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihatkan Muhammad Sanusi Md Nor supaya menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri besar Kedah berbanding ‘menyibuk’ tentang Negeri lain.

    Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata ini kerana pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) terlalu banyak bercakap daripada membuat kerja.

    “Saya rasa daripada dia sibuk tentang Negeri lain sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah beliau umumkan di Negeri Kedah, sama ada projek litar atau apa saja dia ini sembang banyak tapi (projek yang) siap tak banyak.

    “Berbeza dengan Menteri besar Selangor umum (projek pembangunan) dan kita dah lunaskan, tunaikan.

    “Jadi, Menteri besar Kedah ini dahlah dia ada kes hasutan melibatkan Tuanku Sultan Selangor, jadi saya rasa diam sajalah Sanusi,” kata Fahmi dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Kuala Lumpur, hari ini.

    Sanusi semalam berkata tindakan MIC dan MCA untuk memboikot PRK Kuala Kubu Bharu memberi kelebihan kepada PN.

    Pemimpin PAS itu juga berkata pihaknya mahu meretakkan lagi hubungan kerajaan PH-BN yang menurutnya kini telahpun sedia retak.

    “Kita akan retakkan lagi untuk menjadi belah. Mereka sudah retak, kita akan pecahkan lagi. Itu kerja politik,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.

    Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu selepas dia mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pada 27 April.

    Tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

    ALSO READ:  Gangguan bekalan air di Langkawi ekoran El Nino - Sada

    Kuala Kubu Bharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu terdiri daripada 51 peratus diikuti Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) manakala baki 1 peratus lagi kaum lain.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts