Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDiesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan

    Diesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah menggagalkan percubaan penyeludupan 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, Seri Manjung berhampiran Ipoh, semalam.

    Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail menyatakan dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan pada pukul 12.30 tengah hari, serbuan oleh pasukan penguat kuasa di kawasan tersebut menemui sebuah lori tangki sedang memindahkan cecair yang disyaki sebagai diesel kepada sebuah bot penunda.

    “Hasil pemeriksaan lanjut dan semakan awal ke atas dokumen pembelian dan penjualan, mendapati terdapat transaksi yang mencurigakan dan disyaki palsu kerana ditemukan transaksi yang berbeza dengan rekod yang diperoleh daripada syarikat pembekal minyak berjenama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Menjelaskan modus operanandi sindiket tersebut, Kamaluddin berkata penyataan bahan api kegunaan industri didapati berbeza dengan jenis diesel yang digunakan bot penunda sebagai bahan bakar. Diesel itu disyaki diperoleh daripada sumber bersubsidi yang dicampur dengan minyak komersial serta dikumpul daripada pelbagai sumber seperti stesen minyak, minyak nelayan dan sebagainya.

    Melalui arahan pengisytiharan stok dan penyediaan dokumen di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961, anggaran 60,429 liter cecair yang disyaki sebagai diesel berada di dalam lori tangki dan bot penunda terlibat telah disita. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM1,761,287.

    Katanya, empat orang lelaki yang mengaku sebagai pemandu lori, kelendan lori, penyelia bot penunda dan ejen syarikat yang berada di tempat kejadian telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts