Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDilarang berkawan dengan teman wanita, remaja serang ibu, abang guna parang

    Dilarang berkawan dengan teman wanita, remaja serang ibu, abang guna parang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata remaja terbabit ditahan kira-kira tujuh malam, Rabu lepas (15 Nov) dan polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

    Dia berkata dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Jaya, Ampang di Kuala Lumpur pada 1 Nov lepas, remaja terbabit mencederakan kaki kiri abangnya yang berusia 26 tahun dengan menggunakan parang berukuran 25 inci panjang selain mengejar ibunya sehingga wanita terbabit terpaksa melarikan diri ke rumah jiran.

    “Semakan mendapati remaja yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod kes jenayah dan dadah namun ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya remaja itu direman empat hari bermula 16 Nov hingga hari ini mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan ugutan jenayah.

    Sementara itu, lima lelaki berusia 24 hingga 26 tahun ditahan pada 10.05 pagi Rabu lepas kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan melarikan wang tunai kira-kira RM400 dan topi keledar di sebuah rumah kedai di Taman Ampang Mewah dekat Kuala Lumpur.

    Mohd Azam berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian pecah masuk kira-kira 4.30 pagi itu, kesemua suspek yang dalam keadaan mabuk turut memukul dua lelaki warga Myanmar di bawah rumah kedai tersebut.

    Kesemua suspek ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Nov ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts