Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Discaj penjawat awam, pesara stabil supaya yang kronik dapat ke IJN'

    ‘Discaj penjawat awam, pesara stabil supaya yang kronik dapat ke IJN’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kononnya Institut Jantung Negara (IJN) telah mendiscaj keluar semua penjawat awam dan pesara sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos.

    Semalam, portal berita kesihatan CodeBlue menerbitkan surat daripada seorang pesara yang tidak dinamakan yang mendakwa dikeluarkan dari IJN selepas menerima penjagaan rapi.

    Penulis mendakwa dia diberitahu oleh doktor di institut jantung itu bahawa mereka mengikut arahan Kementerian Kesihatan supaya penjawat awam dan pesara dibenarkan keluar ke pusat jantung kerajaan.

    “Ini bukan kali pertama dan yang terakhir saya memberikan respons kepada isu berulang ini. IJN dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

    “Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan ‘kesesakan dan masa menunggu yang lama’ Pusat Jantung KKM (cth. Pusat Jantung Serdang).

    “Kami mempunyai 10 hospital yang mempunyai perkhidmatan kardiologi dan tujuh termasuk mempunyai perkhidmatan surgeri kardiotorasik. KKM membayar kepada IJN untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan persekutuan yang diterima daripada MOF (Kementerian Kewangan),” kata Dzulkefly dalam satu hantaran di Facebook.

    Justeru, katanya, bagi memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan discaj setelah keadaan mereka stabil ke pusat jantung KKM yang lain.

    Dzulkefly turut melampirkan kenyataan KKM dalam hantarannya yang menjelaskan bahawa pesakit yang dirujuk terus dipantau selama enam bulan hingga satu tahun jika mereka adalah dewasa dan satu hingga dua tahun jika mereka adalah kanak-kanak.

    “Pendekatan strategik ini membolehkan kira-kira 4,000 pesakit baharu dirujuk ke IJN setiap tahun, dan memaksimumkan keberkesanan kos,” kata KKM.

    Menteri itu juga memberi jaminan bahawa pusat jantung KKM diuruskan oleh pakar kardiologi dan pakar bezah kardiotoraks yang bereputasi dan bertauliah.

    ALSO READ:  Bukan masa pengundi India tunjuk rasa tak puas hati, kata MIC

    “Paling penting, KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit tidak terjejas termasuk pesara-pesara kerajaan,” tambahnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts