Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDitipu tawaran buat ulasan hotel, suri rumah rugi lebih RM15,000

    Ditipu tawaran buat ulasan hotel, suri rumah rugi lebih RM15,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang suri rumah di Seremban, Negeri Sembilan kerugian RM15,850 selepas terpedaya dengan iklan tawaran kerja mengulas hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.

    Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mangsa yang berusia 33 tahun itu mendakwa menerima iklan berkenaan daripada ibu saudaranya sebelum berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp pada 14 Mei lepas.

    “Mangsa kemudian diterangkan mengenai tugasan atau review hotel oleh sebuah syarikat dan pembayaran dalam aplikasi diberikan, dengan pulangan komisen antara enam hingga 10 peratus berdasarkan jumlah wang dibayar semula kepada akaun mangsa.

    “Pada awalnya, dia membuat 14 kali transaksi dan menerima pulangan wang dalam akaun banknya namun untuk tugasan ke-15, aplikasi tersebut bermasalah dan mangsa diminta membuat bayaran lain sebelum komisen diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hoo berkata wanita itu kemudian membuat empat kali transaksi tetapi tidak menerima komisen yang dijanjikan selain masih perlu membuat pembayaran lain.

    Katanya lagi, setelah menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts