Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesDNAA kes Zahid rumitkan keadaan, kata ahli parlimen PH

    DNAA kes Zahid rumitkan keadaan, kata ahli parlimen PH

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pengguguran pertuduhan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengakibatkan PH berada dalam dilema, kata seorang ahli parlimen kerajaan. Dia yang enggan namanya didedahkan berkata, tiada ahli dari gabungan itu yang berpuas hati dengan keputusan membebaskan tanpa melepaskan (DNAA) Ahmad Zahid oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Sept. “Sesetengah ahli parlimen kecewa dengan perkara ini, mereka tidak ada penjelasan mengenainya, jadi mereka mengelak daripada memberikan kenyataan. “Apa yang boleh saya katakan, tiada tutup mulut dikeluarkan untuk menghalang ahli parlimen PH daripada bercakap mengenai isu ini. “Ia lebih kepada ‘macam mana kita nak respons terhadap perkara ini’ saja. “Jika kamu tanya kepada sesiapa daripada PH, tak ada yang berpuas hati,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
    Menurut ahli parlimen itu, PH memang menjangkakan sejak awal perkembangan seperti yang berlaku baru-baru ini akan berlaku. Bahkan, katanya, ia diramal seawal PH bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan pusat selepas PRU ke-15 pada tahun lalu. “Itu ‘harga’ yang perlu dibayar,” katanya lagi.
    Malaysiakini menghubungi sembilan ahli parlimen dari PKR, DAP dan Amanah untuk mendapatkan komen tetapi hanya dua orang bersetuju untuk mengulas perkara tersebut. Daripada dua ahli parlimen itu, hanya seorang – Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan – mengizinkan namanya disiarkan.
    Sambil menegaskan pilihan raya kecil (PRK) untuk Pulai dan Simpang Jeram sedang berjalan, ahli parlimen PH yang enggan namanya didedahkan itu menyuarakan kebimbangan bahawa keputusan DNAA berkenaan boleh memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi Sabtu ini.
    Oleh itu, dia meminta supaya semua pihak berhenti membincangkan dan berdebat berhubung perkara itu bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada PRK berkenaan. “Ini masa yang sangat penting bagi kerajaan. Lagi banyak kita bercakap tentang isu ini… kita mungkin boleh menjejaskan keputusan (PRK) dan penting untuk kita mengekalkan majoriti dua per tiga (di parlimen). “Walaupun selepas kita memenangi pilihan raya kecil, siapa tahu sama ada (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) akan terus menyokong kerajaan atau tidak? Inilah sebabnya mengapa majoriti dua per tiga sangat penting,” katanya.
    Pentadbiran Anwar Ibrahim bermula pada Nov lalu dengan 148 ahli parlimen – termasuk Syed Saddiq – bersama kerajaan, iaitu jumlah yang cukup-cukup untuk mencapai majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.
    Keadaan itu – secara teori – membolehkan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan.
    Bagaimanapun, ketika ini kerajaan mempunyai 147 ahli parlimen selepas kerusi Pulai kosong berikutan kematian Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
    Jika Amanah memenangi semula kerusi Pulai pada Sabtu, ini akan menjadikan kerajaan mempunyai 148 ahli parlimen semula.
    Syed Saddiq yang juga presiden Muda sebelum ini mengugut untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Anwar berikutan status DNAA yang diberikan kepada Ahmad Zahid.
    Jika Muda meneruskan ugutannya, kerajaan akan kembali memiliki sokongan 147 ahli parlimen.
    Sementara itu, Sany turut mengesahkan kepada Malaysiakini, terdapat ahli akar umbi Amanah dan PH yang tidak berpuas hati dengan DNAA itu dan mendakwa terdapat campur tangan kerajaan dalam kes tersebut.
    Buat taklimat khas
    Bagaimanapun, ahli Jawatankuasa Amanah Nasional itu berkata dia amat percaya pentadbiran Anwar tidak terlibat dalam membuat gesaan sedemikian. “Pandangan kita yang berbeza, pendapat kita yang berbeza, suara hati kita yang berbeza. Tapi apabila badan kehakiman sudah membuat keputusan berdasarkan jalur undang-undang, perlembagaan, peraturan yang dibenarkan, kita sebagai rakyat kena akur. “Kalau mereka rasa tak berpuas hati, appeal (rayu) baliklah,” kata Sany ketika dihubungi Malaysiakini.
    Pada 5 Sept lalu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan Anwar daripada tindak balas besar terhadap DNAA yang diberikan kepada Zahid. Saifuddin mengulangi penegasannya bahawa Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada peguam negara untuk mendakwa atau menarik balik sebarang pertuduhan.
    Pada hari yang sama, Anwar turut menafikan wujud sebarang campur tangan dalam keputusan AGC, dan menegaskan perkara itu diputuskan oleh bekas Idrus Harun selaku peguam negara ketika itu.
    Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi dari Amanah – yang tidak mahu namanya didedahkan – mengulangi pihaknya menggesa Idrus menjelaskan mengapa pihak pendakwa raya membatalkan prosiding mereka terhadap Ahmad Zahid.
    Sambil menegaskan bahawa kes itu terlalu teknikal untuk difahami oleh rakyat Malaysia biasa, dia turut menggesa pihak yang berkenaan mengadakan taklimat khas membabitkan Idrus kepada semua anggota kerajaan agar mereka mendapat penjelasan terperinci. “Oleh itu mungkin taklimat khas kepada semua ahli (kerajaan) perpaduan boleh dibuat dengan meminta bekas AG jelaskan, serta pengukuhan daripada pihak Menteri undang-undang (Azalina Othman Said) sebagai penegasan bahawa kerajaan perpaduan tak terlibat keputusan ni, (sebaliknya) AG yang buat,” katanya. [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts